Browse By Repository:

 
 
 
   

Faktor Ketidakupayaan Prestasi Akademik : Kajian Kes Pelajar UTeM

Mohamad Zahir, Zainudin and Asiah, Mohd Pilus and Isma Addi, Jumbri and Mohd Farid, Ismail and Mohd Nizam, Yusuf (2012) Faktor Ketidakupayaan Prestasi Akademik : Kajian Kes Pelajar UTeM. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
faktor_ketidakupayaan_prestasi.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (10Mb)

Abstract

Kecemerlangan dalam pendidikan di institusi pengajian tinggi khususnya di universiti merupakan matlamat unggul setiap orang pelajar. Keupayaan menamatkan pengajian selepas berusaha dengan gigih adalah simbol kegigihan dan kesempurnaan dalam proses pembelajaran. Namun terdapat pelajar yang gagal mendapat keputusan yang minimum pada tahun pertama pengajian untuk melayakkan mereka terus berada di universiti menyebabkan pihak universiti bertindak menyingkirkan mereka daripada meneruskan pengajian. Justeru, faktor dalaman, luaran dan sikap terhadap pengajian dikenal pasti memberi impak kepada ketidakcapaian pelajar tahun pertama dalam bidang kejuruteraan dan teknologi di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Kajian yang dijalankan ini melibatkan 40 orang pelajar tahun pertama di lima fakulti yang diperolehi dari Sahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Dapatan kajian menunjukkan faktor dalaman sangat mempengaruhi ketidakcapaian akademik pelajar, namun faktor luaran dan sikap juga perlu diberi perhatian oleh pelajar, pensyarah dan universiti. Antara elemen dalam faktor-faktor tersebut ialah minat belajar dalam bidang kejuruteraan dan teknologi, kaedah belajar yang sesuai dengan karektor pelajar, kerjasama dan peranan Penasihat Akademik, hubungan pelajar-pensyarah dan pelajar-fakulti serta penglibatan kaunselor dan Sahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni untuk membantu pelajar yang lemah. Tindakan yang praktikal dan bersepadu melibatkan pelajar, fakulti dan pihak universiti dilihat dapat menambahkan minat belajar dalam kalangan pelajar tahun pertama seterusnya mempastikan tidak ada pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka yang gagal dalam akademik.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Performance -- Measurement
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Library > Projek Jangka Panjang / Pendek > PBPI
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 10 Jun 2014 07:59
Last Modified: 28 May 2015 04:25
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/12453

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year