Browse By Repository:

 
 
 
   

Prestasi Kadar Ralat BIT (BER) Untuk W-CDMA Pada Saluran Pemudaran

Azmi, Awang Md Isa (2004) Prestasi Kadar Ralat BIT (BER) Untuk W-CDMA Pada Saluran Pemudaran. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] PDF (24 Pages)
Prestasi_Kadar_Ralat_BIT_(BER)_Untuk_W-CDMA_Pada_Saluran_Pemudaran.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1645Kb)

Abstract

Bagi memenuhi pertambahan permintaan untuk penghantaran data yang besar melalui laluan tanpa wayar pada setiap masa dan di mana jua, piawai untuk sistem perhubungan generasi seterusnya yang dikenali sebagai IMT-2000 telah ditubuhkan. Tujuan utamanya adalah untuk capaian seluruh dunia dan keperluan apabila mengembara (global roaming) untuk pelbagai perkhidmatan seperti suara, data dan multimedia. Teknologi yang diperlukan bagi memastikan perkhidmatan ini dapat dilaksanakan dikenali sebagai sistem selular generasi ke-3. Idea asas untuk perhubungan udaranya ialah berdasarkan kepada W -CDMA, yang menggunakan pemodulatan spektrum rebak jujukan terus untuk penghantaran isyarat. Dalam kajian ini, simulasi untuk mengkaji prestasi kadar ralat bit (BER) untuk sistem "transceiver" W-CDMA telah dijalankan dengan menggunakan perisiaan Matlab. Asasnya, model kajian ini mengandungi penjana masukan digit, penjana kod PN, perebak dan penyahrebak, pemodulat dan penyahmodulat QPSK, saluran A WGN dan Rayleigh. Projek ini dibahagikan kepada tiga peringkat. Peringkat pertama ialah penulisan aturcara dalam penyunting/penyahpepijat Matlab dan menghasilkan satu aturcara utama untuk simulasi. Peringkat kedua ialah merekabentuk GUI yang dapat dihubungkan dengan aturcara utama. Akhirnya, simulasi dijalankan dengan megubah parameter-parameter aturcara utama untuk mendapatkan prestasi BER dalam keadaan yang berbeza. Data dihantar melalui saluran A WGN dan saluran pemudaran dan kesan BER pada keadaan simulasi yang berbeza turut dikaji. Kadar ralat bit (BER) dikira dengan membandingkan diantara data hantar dan data terima. Keputusan ini dibandingkan dengan keputusan teoritikal dan penyelidik lain yang berasaskan saluran A WGN dan Rayieigh. Secara umumya, keputusan daripada kajian ini menunjukkan bahawa prestasi BER menjadi semakin teruk dengan pertambahan kadar data dan kadar racik, manakala prestasi BER untuk saluran pemudaran Rayleigh adalah jauh lebih teruk berbanding dengan saluran A WGN, samada pada simulasi mahupun keptusan teori. Kesimpulannya, satu model tanpa wayar W -CDMA yang berasaskan parameter dan keputusan teori telah direka.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Code division multiple access
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Disertasi > FKEKK
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 15 Sep 2014 14:25
Last Modified: 28 May 2015 04:30
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/13177

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year