Browse By Repository:

 
 
 
   

Hubungan Antara Persepsi Terhadap 'Sportscape' Dengan Kepuasan Penonton Dan Keinginan Menonton Semula Dalam Kalangan Penonton Bola Sepak Piala Malaysia Di Stadium

Asiah , Mohd Pilus (2009) Hubungan Antara Persepsi Terhadap 'Sportscape' Dengan Kepuasan Penonton Dan Keinginan Menonton Semula Dalam Kalangan Penonton Bola Sepak Piala Malaysia Di Stadium. PhD thesis, Universiti Putra Malaysia.

[img] PDF (24 Pages)
Hubungan_Antara_Persepsi_Terhadap_'Sportscape'_Dengan_Kepuasan_Penonton_Dan_Keinginan_Menonton_Semula_Dalam_Kalangan_Penonton_Bola_Sepak_Piala_Malaysia_Di_Stadium.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1612Kb)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan di antara "sportscape" terhadap kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton bola sepak Piala Malaysia di stadium. Kajian ini juga mengkaji pengaruh motivasi dan kesetiaan terhadap hubungan di antara "sportscape" dengan kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton bola sepak Piala Malaysia di stadium. Kajian ini melibatkan 370 orang penonton bola sepak Piala Malaysia di stadium. Sebanyak 12 buah stadium bola sepak bagi perlawanan Piala Malaysia di Semenanjung Malaysia sebagai lokasi kajian. Alat kajian yang digunakan ialah Sportscape Scale (Wakefield, Blodgett & Sloan, 1996), Motivation Scale For Sport Consumption (Trial & James, 2001 ), Model Point of Attachment Index (Trail, Robinson & Dick, 2003), Customer Satisfaction (Hightower, Brady & Baker, 2002; Greenwell, Fink & Pastore, 2002) dan Behavioral Intentions Scale (Hightower, Brady, Baker, 2002). Statistik korelasi Pearson, regresi linear, regresi pelbagai hierarchical, analisis laluan dan statistik deskriptif digunakan untuk menganalisis data. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara "sportscape" dengan kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton bola sepak Piala Malaysia di stadium. Hasil kajian mendapati terdapat pengaruh motivasi dan kesetiaan terhadap hubungan di antara "sportscape" dengan kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam kalangan penonton bola sepak Piala Malaysia di stadium. Analisis regresi pelbagai "hierarchical" menjelaskan "sportscape" hanya mempengaruhi sebanyak 3.4 peratus varians terhadap kepuasan penonton. Kombinasi "sportscape", motivasi dan kesetiaan menjelaskan 56 peratus varians terhadap kepuasan penonton. Analisis regresi pelbagai "hierarchical" menjelaskan "sportscape" hanya mempengaruhi sebanyak 5 peratus varians terhadap keinginan menonton semula bola sepak. Kombinasi "sportscape",motivasi dan kesetiaan menjelaskan sebanyak 59 peratus varians terhadap keinginan menonton semula bola sepak. Analisis laluan menunjukkan "sportscape" mempengaruhi secara langsung dan tidak langsung melalui motivasi dan kesetiaan terhadap kepuasan penonton dan keinginan menonton semula dalam penonton bola sepak Pi ala Malaysia. Selain "sportscape", motivasi dan kesetiaan juga faktor penting menjelaskan kepuasan penonton dan keinginan menonton bola sepak di stadium. Maka, persatuan bola sepak Malaysia dan pemasar sukan perlu mengambil kira "sportscape", motivasi dan kesetiaan dalam merancang strategi pemasaran untuk mengoptimumkan kehadiran penonton bola sepak Piala Malaysia ke stadium. Oleh itu, persatuan bola sepak Malaysia dan pemasar sukan sewajarnya berusaha untuk meningkatkan kehadiran penonton bola sepak di stadium dan keuntungan persatuan bola sepak Malaysia.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Sports -- Malaysia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: Library > Tesis > PBPI
Library > Disertasi > PBPI
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 23 Nov 2014 10:50
Last Modified: 28 May 2015 04:31
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/13429

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year