Browse By Repository:

 
 
 
   

Aplikasi Instrumen Rubu' Mujayyab Dalam Penetapan Waktu Sembahyang Dan Arah Kiblat

Radzuan, Nordin and Syed Najmuddin , Syed Hassan and Muhd Akmal Noor, Rajikon and Ahmad Jawahir, Tugimin (2011) Aplikasi Instrumen Rubu' Mujayyab Dalam Penetapan Waktu Sembahyang Dan Arah Kiblat. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 page)
Aplikasi Instrumen Rubu' Mujayyab Dalam Penetapan Waktu Sembahyang Dan Arah Kiblat.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2577Kb)

Abstract

Kajian ini difokuskan untuk mengembalikan semula kefahaman penggunaan instrumen falak tradisional iaitu Rubu ' Mujayyab Sinus dalam kegunaan harian khususnya penentuan waktu solat dan arah kiblat. Walaupun instrumen ini telah dihasilkan sejak kurun ke sembilan lagi, ianya tidak bermaksud untuk kita kembali ke zaman silam. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui asas-asas yang telah digunakan oleh ilmuan terdahulu yang boleh diaplikasikan dalam bentuk moden pada hari ini agar ianya tidak hilang ditelan zaman. Kajian ini juga mengimbau sejarah perkembangan Rubu 'Mujayyab serta memperkenalkan komponennya. Fokus utama kajian adalah berkenaan waktu solat berdasarkan dalil al-quran dan hadis yang dijadikan sebagai asas pembentukan jadual solat hari ini menggunakan kaedah segitiga sfera. Metodologi kajian ini adalah dengan menggunakan kaedah dokumentasi dan perpustakaan bagi mendapatkan maklumat berbentuk penulisan, kajian atau latihan ilmiah, kitab-kitab,buku-buku rujukan dan sebagainya. Selain itu kaedah temubual juga digunakan bagi mendapatkan maklumat serta tunjuk ajar mengenai teknik dan kaedah menggunakan Rubu' Mujayyab Sinus. Seterusnya maklumat-maklumat atau data yang dikumpulkan akan dihubung jalin dengan data-data yang lain supaya fakta yang ada dapat menghuraikan kaedah yang dikaji menjadi kaedah yang lebih difahami. Menentukan waktu solat dengan kaedah Rubu · Mujayyab Sinus secara keseluruhannya adalah boleh diterima kerana tiada perbezaan ketara antara waktu solat yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan Mufti Negeri Melaka dengan pengiraan Rubu 'Mujayyab Sinus. Kajian ini diharap dapat menjadi platform kepada pengkaji-pengkaji seterusnya agar dapat membongkar semula kegunaan instrumen falak terdabulu seterusnya dapat mengaplikasikannya dalam bentuk yang lebih praktikal pada hari ini.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Prayer -- Islam, Qiblah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General)
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Library > Projek Jangka Panjang / Pendek > PBPI
Depositing User: Zulkarnaen Mahat
Date Deposited: 05 Nov 2015 04:23
Last Modified: 05 Nov 2015 04:23
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/15080

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year