Browse By Repository:

 
 
 
   

Penyiasatan Perambatan Gelombang Akustik Terhadap Lapisan Konkrit Struktur Bertetulang

Azhar, Anuar (2015) Penyiasatan Perambatan Gelombang Akustik Terhadap Lapisan Konkrit Struktur Bertetulang. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text (24 Pages)
Penyiasatan Perambatan Gelombang Akustik Terhadap Lapisan Konkrit Struktur Bertetulang.pdf - Submitted Version

Download (392Kb)

Abstract

Elemen konkrit dalam konteks industri pembinaan yang meliputi konkrit papak dan cerucuk yang menjadi asas tunjang pengukuhan kepada sesuatu komponen struktur. Ujian pengawalan kualiti pada elemen konkrit secara amnya seperti ujian tanpa musnah berasaskan perambatan gelombang berfrekuensi rendah. Objektif kajian ini adalah pembelajaran terhadap asas perambatan gelombang berpandu terhadap papak konkrit bertetulang berbentuk plat, menentukan kesannya pada konkrit yang berlapis yang berlainan jenis dan mengenalpasti keberkesanan gelombang berpandu untuk pengukuran jarak struktur konkrit. Gelombang berpandu merambat pada jarak yang jauh menjadi suatu kepentingan kepada industri dalam pengujian struktur yang besar. Penggunaan gelombang berpandu dalam konkrit melalui kaedah simulasi menggunakan perisian Abaqus digunakan bagi membuat permodelan serta analisis. Tiga permodelan asas bagi papak konkrit berbentuk plat dua dimensi diuji sebagai asas kepada struktur cerucuk konkrit bertetulang dengan mengenakan beban terhadapnya. Jarak konkrit dan kesan lapisan konkrit berkekuatan tinggi dan konkrit biasa dapat ditentukan melalui persamaan halaju gelombang. Pengiraan mengenai jarak konkrit berpandukan kesan gelombang berpandu terhadap sempadan konkrit berlainan jenis digunakan bagi menilai jarak dan kesan gelombang berpandu terhadap konkrit.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electromagnetic waves - Transmission - Measurement, Structural analysis (Engineering)
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKM
Depositing User: Mohd Hannif Jamaludin
Date Deposited: 23 May 2016 06:32
Last Modified: 23 May 2016 06:32
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/16663

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year