Browse By Repository:

 
 
 
   

Effect Of Functionalized And Non-Functionalized Carbon Nanotubes-Urea Fertilizer On The Growth Of Paddy

Dimin @ Mohd Amin, Mohd Fairuz and Mohamad Yatim, Norazlina and Shaaban, Azizah and Yusof, Faridah and Abd Razak, Jeefferie (2018) Effect Of Functionalized And Non-Functionalized Carbon Nanotubes-Urea Fertilizer On The Growth Of Paddy. Tropical Life Sciences Research, 29 (1). pp. 17-35. ISSN 1985-3718 (Submitted)

[img] Text
29012018_02 (1).pdf - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (793Kb)

Abstract

Peranan tabung karbon nano berdinding banyak (MWNTs) dan functionalized tabung karbon nano berdinding banyak (fMWNTs) dalam meningkatkan keberkesanan Baja urea (UF) untuk pertumbuhan MR219 padi tempatan diselidiki. MWNTs dan fMWNTs telah digabungkan dengan UF untuk menghasilkan baja urea-tabung karbon nano berdinding banyak (UF-MWNTs) dengan tiga keadaan yang berbeza, dikodkan sebagai FMU1 (0.6 wt.% fMWNTs), FMU2 (0.1 wt.% fMWNTs) dan MU (0.6 wt.% MWNTs. Padi MR219 telah ditanam secara sistematik mengikut prosedur yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Prosedur ini dijalankan di dalam pot di bawah pendedahan cahaya matahari secara semula jadi dengan teknik pembajaan sebanyak tiga kali, selepas tabur (HLT) iaitu pada 14, 35 dan 55 hari. Menariknya, didapati bahawa pertumbuhan padi dengan pembajaan FMU1 dan FMU2 telah meningkat dengan ketara sebanyak 22.6% dan 38.5% berbanding pertumbuhan padi dengan pembajaan MU. Juga, padi yang dibaja dengan FMU 1 menghasilkan 21.4% bilangan tangkai yang lebih tinggi dan hasil bijirin 35% lebih tinggi daripada MU, manakala padi yang dibaja dengan FMU 2 memberikan nilai 28.6% dan 36% lebih tinggi jumlah tangkai dan hasil bijirin daripada MU. Ini telah menunjukkan kelebihan fMWNTs ke atas MWNTs untuk digabungkan dengan UF sebagai baja. Komposisi kimia dan kajian morfologi UF-MWNTs yang telah dicirikan oleh FTIR dan FESEM menunjukkan kejayaan dan kesebatian campuran gabungan UF dengan fMWNTs.

Item Type: Article
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QH Natural history
Divisions: Faculty of Manufacturing Engineering
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 15 May 2018 09:20
Last Modified: 15 May 2018 09:20
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/20830

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year