Browse By Repository:

 
 
 
   

Rawatan Sisa Air Basuhan Nata De Coco

Siti Noor Khairunissa, Nasar (2009) Rawatan Sisa Air Basuhan Nata De Coco. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Rawatan_Sisa_Air_Basuhan_Nata_De_Coco_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (1091Kb)
[img] PDF (Full Pages)
Rawatan_Sisa_Air_Basuhan_Nata_De_Coco_-_Full_Pages.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (3389Kb)

Abstract

Air merupakan satu elemen terpenting dalam kehidupan yang menyumbang kepada banyak kegunaan. Air digunakan dalam kegunaan harian, bidang pertanian, perindustrian dan sebagainya. Penggunaan air yang banyak dalam bidang industri terutamanya industri pemprosesan memerlukan bekalan air yang banyak setiap hari. Selain penggunaan air yang banyak, pelepasan sisa industri juga memberi impak terhadap industri itu sendiri selain memberi kesan terhadap alam sekitar. Satu alternatif diperlukan bagi mengatasi penggunaan air yang banyak dalam industri. Oleh itu, kajian telah dilakukan bagi mengenalpasti penggunaan semula sisa air sama ada dapat diolah dan digunakan semula dalam industri itu sendiri. Kajian ini dilakukan terhadap salah satu pengeluar produk nata de coco di Melaka iaitu Anzag Industries Sdn. Bhd. Air pembasuhan nata de coco merupakan air berasid yang perlu dirawat bagi meneutralkan kembali kadar keasidannya. Satu sistem rawatan air berskala makmal telah dibangunkan bagi memenuhi kajian ini. Ujikaji bagi memastikan keberkesanan sistem rawatan air ini turut dijalankan melalui beberapa parameter iaitu nilai pH air, kadar kekeruhan, kadar aliran air serta komposisi bahan penapis. Kajian yang dilakukan turut memastikan agar air yang telah dirawat mengikut spesifikasi air yang ditetapkan. Melalui sistem rawatan sisa air ini, penggunaan air yang banyak dapat diatasi seterusnya mengurangkan kos pemprosesan serta mengelakkan pencemaran alam sekitar.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Water quality, Water -- Purification, Sewage -- Purification
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKM
Depositing User: Users 136 not found.
Date Deposited: 04 May 2012 01:03
Last Modified: 28 May 2015 02:31
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/2881

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year