Browse By Repository:

 
 
 
   

Pengoptimuman Sistem Nozel Sedia Ada Pada Mesin Pemadam Api Mudah Alih

Sarah Fatihah, Shahrin (2010) Pengoptimuman Sistem Nozel Sedia Ada Pada Mesin Pemadam Api Mudah Alih. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Pengoptimuman_Sistem_Nozel_Sedia_Ada_Pada_Mesin_Pemadam_Api_Mudah_Alih_-_Sarah_Fatihah_bt_Shahrin_-_TJ267.5.N6.S37_2010_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (354Kb)
[img] PDF (Full Text)
Pengoptimuman_Sistem_Nozel_Sedia_Ada_Pada_Mesin_Pemadam_Api_Mudah_Alih_-_Sarah_Fatihah_bt_Shahrin_-_TJ267.5.N6.S37_2010.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (11Mb)

Abstract

Kajian ini adalah mengenai penyelidikan dan penambahbaikan pada sistem nozel automatik pada mesin pemadam api mudah alih berdasarkan sistem yang telah sedia ada. Mesin pemadam api mudah alih merupakan sebuah mesin yang dicipta dengan keupayaan untuk dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh di mana mesin ini mampu untuk masuk ke dalam banggunan yang terbakar untuk membantu memadam kebakaran. Tujuan utama penghasilan nozel automatik ini adalah untuk menukarkan jenis aliran air samada jenis aliran lurus atau aliran mencapah secara automatik dengan bantuan alat kawalan jauh. Metodologi dalam penghasilan projek ini menerapkan lima unsur penting dalam proses mereka bentuk sesuatu produk iaitu bermula dengan keperluan dan pernyataan masalah, melahirkan rekabentuk konsepkonsep alternatif, diikuti dengan rekabentuk konfigurasi dan para metrik dan seterusnya rekabentuk terperinci bagi setiap komponen produk. Untuk menambahbaik sistem yang sedia ada ini, pendawaian terhadap motor pada nozel dilakukan supaya nozel mampu berfungsi secara automatik. Injap bagi pengawalan aliran air ke nozel turut dilakukan bagi mengelakkan pembaziran air berlaku. kajian dilakukan dengan bantuan perisian seperti CATIA, Microsoft Office 2007 dan lainlain lagi.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Nozzles
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKM
Depositing User: Nooraidillah Rasdi
Date Deposited: 26 Jun 2012 00:27
Last Modified: 28 May 2015 02:37
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/3723

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year