KESELARASAN PERSONALITI DENGAN PERSEKITARAN PENGAJIAN: SATU TINJAUAN PERBANDINGAN DI KALANGAN PELAJAR JURUSAN PENGURUSAN DUA BUAH IPTA DI MALAYSIA

Ahmad Rozelan, Yunus and Syed Najmuddin, Syed Hassan and Amir, Aris and Rusnani, Abdul Kadir (2010) KESELARASAN PERSONALITI DENGAN PERSEKITARAN PENGAJIAN: SATU TINJAUAN PERBANDINGAN DI KALANGAN PELAJAR JURUSAN PENGURUSAN DUA BUAH IPTA DI MALAYSIA. In: SPKS 2010 Seminar Psikologi Kebangsaan , 28-29 Pktober 2010, Kota Kinabalu, Malaysia. (Unpublished)

[img] PDF
KESELARASAN_PERSONALITI_DENGAN_PERSEKITARAN_PENGAJIAN_-_SATU_TINJAUAN_PERBANDINGAN_DI_KALANGAN_PELAJAR_JURUSAN_PENGURUSAN_DUA_BUAH_IPTA_DI_MALAYSIA__A.Rozelan2.pdf - Accepted Version
Restricted to Registered users only

Download (171kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneliti keselarasan personaliti pelajar dengan persekitaran pengajian berasaskan Teori Keselarasan Personaliti-Pendidikan Holland. Kajian perbandingan ini dibuat di kalangan pelajar jurusan Pengurusan dua buah IPTA di Malaysia. Subjek kajian adalah 138 orang pelajar jurusan pengurusan yang mengambil subjek keusahawanan sebagai subjek elektif dipilih melalui kaedah rawak berlapis. Alat kajian yang digunakan adalah Self-Directed Search (SDS) yang dibangunkan oleh Holland. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif dan secara statistik inferensi iaitu min, Kendall’s Coefficient of Concordance (W) dan ujian-t pada aras signifikan 0.5. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan personaliti di kalangan lelaki dengan wanita bagi salah sebuah IPTA, manakala tidak terdapat perbezaan signifikan bagi sebuah IPTA yang lain. Umumnya dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar jurusan pengurusan telah memilih bidang persekitaran pengajian yang tidak selaras dengan personaliti mereka. Impilikasi dan cadangan pendekatan bimbingan penyesuaiaan kendiri dalam persekitaran pengajian dibincangkan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Faculty of Technology Management and Technopreneurship > Department of Technopreneurship
Depositing User: Prof. Dr Ahmad Rozelan Yunus
Date Deposited: 14 Nov 2012 15:45
Last Modified: 28 May 2015 03:29
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/4933
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item