Keselarasan Personaliti dengan Program Pengajian dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar UTeM

Norida, Abdullah and Ahmad Rozelan, Yunus and Hafzan , Ariffin (2008) Keselarasan Personaliti dengan Program Pengajian dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar UTeM. Jurnal PERKAMA, 14. pp. 23-54. ISSN 01276301

[img] PDF
Jurnal_Perkama_Artikel_Norida.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menentukan samada terdapat keselarasan antara jenis personaliti pelajar dengan persekitaran program pengajian yang diikuti berdasarkan Teori Keselarasan Personaliti dan Persekitaran Holland di kalangan pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda, Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat adakah terdapat hubungan di antara keselarasan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian terdiri daripada 746 orang pelajar yang dipilih secara rawak berkelompok daripada 1103 orang pelajar tahun tiga semester pertama. Alat kajian yang dinuakan adalah Self Directed Search (SDS) yang dialih bahasakan. Alat statistik yang digunakan untuk menganalisa data ialah kaedah Environment Assessment Technique (EAT), Indeks Keselarasan Wiggins dan Ujian Korelasi Spearman Rho dengan aras keertian ditetapkan pada .05. Dapatan kajian menunjukkan terdapat keselarasan antara personaliti dengan program pengajian pelajar bagi pelajar yang mengikuti program BEKP, BEKC, BMCT, BMCA, dan BMCS. Bagi program BEKE, BMFP, BMFR, BMFA, BITD, BITM, BITS, BITC, BENC, BENT, dan BENE dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat keselarasan antara personaliti pelajar dengan program pengajian yang diikuti. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara keselarasan personaliti dengan pencapaian akademik pelajar kecuali bagi program BENC, BENT dan BENE. Keputusan kajian ini menunjukkan ada di kalangan pelajar yang memilih bidang pengajian yang selaras dengan personaliti mereka dan ada yang memilih bidang yang tidak selaras dengan personaliti mereka. Sehubungan dengan keputusan diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Item Type: Article
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: Centre for Languages and Human Development > Department of Islamic Studies and Humanities
Depositing User: Prof. Dr Ahmad Rozelan Yunus
Date Deposited: 14 Nov 2012 15:36
Last Modified: 28 May 2015 03:30
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/4988
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item