Browse By Repository:

 
 
 
   

Mereka Bentuk Sistem Nozel Automatik Untuk Mesin Pemadam Api Mudah Alih

Akmal, Azmi (2008) Mereka Bentuk Sistem Nozel Automatik Untuk Mesin Pemadam Api Mudah Alih. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Mereka_Bentuk_Sistem_Nozel_Automatik_Untuk_Mesin_Pemadam_Api_Mudah_Alih_-_24_pages.pdf - Submitted Version

Download (124Kb)
[img] PDF (Full Text)
Mereka_Bentuk_Sistem_Nozel_Automatik_Untuk_Mesin_Pemadam_Api_Mudah_Alih_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4Mb)

Abstract

Kajian adalah mengenai penyelidikan dan penghasilan sistem nozel automatik atau mudah dikenali sebagai sistem nozel bermotor berdasarkan reka bentuk mesin pemadam api mudah alih yang sedia ada. Mesin pemadam api mudah alih merupakan sebuah mesin yang dicipta dengan alat kawalan dan berkeupayaan masuk ke dalam bangunan yang terbakar untuk memadamkan api. Tujuan penghasilan sistem nozel automatik ini adalah untuk membolehkan nozel menukar jenis aliran air sama ada dari aliran lurus kepada aliran mencapah secara automatik dengan bantuan sistem mekanikal. Seperti aliran air lurus atau jet, aliran air mencapah atau aliran air berkabus juga boleh memadamkan api, ia juga efektif dalam menyerap haba dan ia boleh digunakan sebagai tabir air untuk melindungi mesin pemadam api daripada bahang api yang kuat. Metodologi dalam penghasilan projek ini menerapkan lima unsur penting dalam proses mereka bentuk sesuatu produk iaitu bermula dengan formulasi masalah atau penghuraian masalah dalam mereka bentuk, melahirkan reka bentuk konsep-konsep alternatif, diikuti dengan reka bentuk konfigurasi dan parametrik, dan yang terakhir sekali ialah reka bentuk terperinci bagi setiap komponen produk. Dalam penghasilan sistem nozel automatik ini, sistem mekanikal iaitu sistem gear dan motor elektrik bagi memutarkan nozel secara automatik telah dikaji. Selain itu, sebuah adaptor bagi menyambungkan nozel dan hos telah direka bentuk bagi menepati piawaian penyambungan nozel Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kajian disertakan dengan analisis kestabilan pada mesin pemadam api mudah alih bagi mengetahui kekuatan mesin untuk menampung daya yang terhasil pada nozel apabila air dengan tekanan yang tertentu dialirkan. Hasil keputusan analisis yang dijalankan pada tekanan air 10 bar, dipercayai bahawa mesin ini tidak akan terbalik sehingga mencapai tahap maksimum iaitu 14.5 bar. Akhirnya, sebuah sistem nozel automatik telah dihasilkan dengan bantuan perisian seperti Solidworks 2003 dan 2007, Gear Trax 2003 dan Microsoft Office Excel 2003.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Fire streams, Spray nozzles, Nozzles -- Design and construction, Nozzles -- Fluid dynamics
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKM
Depositing User: Users 136 not found.
Date Deposited: 16 Aug 2012 02:32
Last Modified: 28 May 2015 03:33
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/5308

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year