Browse By Repository:

 
 
 
   

Mereka Bentuk Dapur Suria Yang Praktikal Digunakan Untuk Memasak

Alia Ruzanna, Aziz (2009) Mereka Bentuk Dapur Suria Yang Praktikal Digunakan Untuk Memasak. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Mereka_Bentuk_Dapur_Suria_Yang_Praktikal_Digunakan_Untuk_Memasak_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1258Kb)
[img] PDF (Full Taxt)
Mereka_Bentuk_Dapur_Suria_Yang_Praktikal_Digunakan_Untuk_Memasak_-_Full_Taxt.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (9Mb)

Abstract

Tenaga suria yang dihasilkan daripada cahaya matahari berpotensi menjadi sumber tenaga yang dapat digunakan secara meluas di Malaysia. Suatu sistem yang menumpukan pancaran suria mampu menghasilkan radiasi suria bersuhu tinggi yang boleh digunakan untuk memasak. Dapur suria sangat berpotensi untuk diperkembangkan memandangkan masalah timbul daripada harga gas memasak yang tinggi dan komplikasi daripada penggunaan kayu api di negara dunia ketiga seperti dari segi kesihatan dan penebangan hutan. Dapur suria dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu dapur suria ketuhar, dapur suria panel dan dapur suria parabolik. Kajian ini menumpukan kepada pengubahsuaian reka bentuk dapur suria ketuhar. Reka bentuk bagi dapur suria yang akan dibina ini mengutamakan kos yang rendah disamping mudah untuk dibina kerana memberikan lebih perhatian terutamanya bagi pengguna yang kurang berkemampuan dan kurang berpengetahuan. Secara dasarnya, projek ini dibahagikan kepada dua bahagian utama yang boleh dikategorikan sebagai proses pembinaan model dan eksperimen bagi menguji kecekapan dapur suria. Terdapat dua model dibina iaitu konvensional dan prototaip. Bagi pembinaan model prototaip, model ini dibina selangkah demi selangkah. Dimulai dengan reka bentuk pertama, eksperimen pertama dijalankan. Objektif dan keputusan bagi eksperimen dinyatakan. Setelah data dianalisis, ia diteruskan dengan reka bentuk lain dan eksperimen yang berikutnya dijalankan sehinggalah keputusan yang dikehendaki diperolehi. Objektif utama dalam kajian ini ialah bagi mereka bentuk dapur suria yang praktikal. Dapur suria ini dikatakan praktikal jika ia adalah berkesan, selamat digunakan dan bahan-bahan yang digunakan adalah murah dan mudah didapati. Laporan ini menggariskan konsep reka bentuk dapur suria dan analisis keputusan eksperimen

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Solar cooking, Household electronics -- Design and construction, Electronic apparatus and appliances -- Design and construction, Solar energy
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKM
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 13 Sep 2012 07:08
Last Modified: 28 May 2015 03:37
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/5775

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year