Browse By Repository:

 
 
 
   

Analisis Pembetulan Faktor Kuasa Menggunakan Kapasitor Statik

Badrolhisam , Jaafar (2007) Analisis Pembetulan Faktor Kuasa Menggunakan Kapasitor Statik. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Analisis_Pembetulan_Faktor_Kuasa_Menggunakan_Kapasitor_Statik_Badrolhisam_Jaafar_TK1010.B32_2007_2.pdf - Submitted Version

Download (3MB)
[img] PDF (Full Text)
Analisis_Pembetulan_Faktor_Kuasa_Menggunakan_Kapasitor_Statik_Badrolhisam_Jaafar_TK1010.B32_2007.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (16MB)

Abstract

Tesis ini membincangkan analisis kesan penggunaan kapasitor statik terhadap pembetulan faktor kuasa. Terdapat empat kaedah ujikaji yang dijalankan iaitu ujikaji motor aruhan sambungan Wye dengan kapasitor sambungan Wye dan Delta dan motor aruhan sambungan Delta dengan kapasitor sambungan Wye dan Delta. Kapasitor yang digunakan akan disambung secara selari dengan motor tersebut. Kapasitor statik digunakan untuk memperbaiki faktor kuasa sesuatu sistem elektrik di mana ~aktor kuasa diukur untuk melihat keberkesanan tenaga elektrik yang digunakan dalam suatu sistem. Apabila faktor kuasa yang didapati semakin tinggi, ini menunjukkan tenaga elektrik yang diguna.kan adalah efektif dan kehilangan kuasa adalah kurang. Pihak TNB telah mengarahkan pengguna industrinya memastikan faktor kuasa pada industri mereka tidak kurang daripada 0.85. Kegagalan pihak industri untuk menetapkan faktor kuasa tersebut menyebabkan mereka akan dikenakan denda atau penalti oleh pihak TNB. Antara kelebihan menggunakan kapasitor di dalam kaedah pembetulan faktor kuasa adalah ia boleh menjimatkan kos penyelenggaraan, meningkatkan kecekapan suatu sistem elektrik kerana kurangnya kehilangan arus dan kuasa dalam talian sistem kuasa. Selain itu, kejatuhan voltan pada suatu sistem dapat dikurangkan apabila menggunakan kapasitor dalam pembetulan faktor kuasa. Oleh itu, pihak pengguna dapat mengelak daripada dikenakan penalti serta dapat mengurangkan bil bulanan mereka terutamanya bagi pengguna di sektor perindustrian. Selain itu, analisa dari segi kesan harmonik terhadap sistem ataupun motor dilakukan. Hal ini bertujuan untuk melihat perubahan yang berlaku dari segi harmonik sebelum dan selepas pembetulan faktor kuasa.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Electric power stability, Electric power factor
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKE
Depositing User: Siddiq Jais
Date Deposited: 20 Apr 2013 13:30
Last Modified: 28 May 2015 03:47
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/7106

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year