Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Tentang Kesan Perubahan Beban Ke Atas Enjin Terhadap Nisbah Udara-Bahan Api Dan Prestasi Enjin Pembakaran Dalam

Mohamad Zafarid , Jaridi (2007) Kajian Tentang Kesan Perubahan Beban Ke Atas Enjin Terhadap Nisbah Udara-Bahan Api Dan Prestasi Enjin Pembakaran Dalam. Project Report. Melaka, Malaysia, UTeM. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kajian_Tentang_Kesan_Perubahan_Beban_Ke_Atas_Enjin_Terhadap_Nisbah_Udara-Bahan_Api_Dan_Prestasi_Enjin_Pembakaran_Dalam_-_Mohamad_Zafarid_b_Jaridi_-_TJ755.M92_2007_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1482Kb)
[img] PDF (Full Text)
Kajian_Tentang_Kesan_Perubahan_Beban_Ke_Atas_Enjin_Terhadap_Nisbah_Udara-Bahan_Api_Dan_Prestasi_Enjin_Pembakaran_Dalam_-_Mohamad_Zafarid_b_Jaridi_-_TJ755.M92_2007.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (8Mb)

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk menentukan prestasi dan nisbah udara-bahan api sesebuah enjin pembakaran dalam kesan dari perubahan beban yang dikenakan ke atas enjin tersebut dengan kelajuan enjin yang berlainan. Nisbah di antara udarabahan api mempengaruhi prestasi sesebuah enjin pembakaran dalam dari segi kuasa keluaran. daya kilas, kecekapan haba. kecekapan isipadu dan pelbagai aspek lagi yang menentukan prestasi sesebuah enjin. Prestasi sesebuah enjin pembakaran dalam dapat diuji dengan menggunakan mesin dinamometer. Dinamometer adalah mesin yang secara umumnya digunakan untuk memberi beban kepada enjin yang diuji. Daripada beban yang dikenakan parameter prestasi enjin seperti daya kilas, kuasa (horsepower,hp), kadar penggunaan bahan api (fuel consumption) serta lain-lain data dapat diperolehi. Penggunaan dinamometer juga bergantung kepada ciri-ciri atau sifat-sifat pada mesin berkenaan. Pemilihan mesin yang sesuai perlu dilakukan sebelum menguji sesebuah enjin. Antara faklOr yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan mesin dinamometer ialah seperti ketepatan bacaan. kepekaan mesin terhadap perubahan beban dan sebaga inya. Dalam kajian ini mesin ujian prestasi enjin yang digunakan adalah dari jenis eddy current kerana pengendalian ynag mudah dan mampu menghasilkan daya kilas walaupun pada kelajuan enjin yang rendah Hasil daripada ujian yang dilakukan, data-data yang diperolehi akan digunakan untuk menganalisis parameter yang tidak boleh diperolehi secara terus daripada ujian dinamometer. Nisbah udara-bahan api boleh diperolehi secara terus atau dengan melakukan anal isis daripada data-data yang diperolehi bergantung kepada jenis dinamometer dan peralatan yang digunakan. Nisbah udara-bahan api yang diperolehi akan dibandingkan dengan kaj ian terdahulu.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Automobiles -- Motors, Internal combustion engines
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Kertas Peperiksaan > FKM
Depositing User: Nooraidillah Rasdi
Date Deposited: 18 Apr 2013 10:23
Last Modified: 28 May 2015 03:48
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/7259

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year