Browse By Repository:

 
 
 
   

Pembinaan Perisian Audit Bagi Sistem Pencahayaan

Mohd Azhar, Abdul Hamid (2007) Pembinaan Perisian Audit Bagi Sistem Pencahayaan. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Pembinaan_Perisian_Audit_Bagi_Sistem_Pencahayaan_Mohd_Azhar__Bin_Abdul_Hamid.pdf24_pages.pdf - Submitted Version

Download (1492Kb)
[img] PDF (Full Pages)
Pembinaan_Perisian_Audit_Bagi_Sistem_Pencahayaan_Mohd_Azhar__Bin_Abdul_Hamid.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7Mb)

Abstract

Projek ini adalah satu projek pembangunan pens1an audit bagi sistem pencahayaan. Perisian ini dibangunkan menggunakan Microsoft Visual Basic sebagai bahasa pengaturcaraan. Asas pembangunan projek adalah menggunakan pangkalan data, enjin pengiraan, grafik antaramuka, pengguna dan output iaitu laporan akhir perjalanan proses audit yang telah berlaku. Objektif utama pembangunan perisian ini adalah membantu pengguna untuk mengenal pasti di mana, bila dan bagaimana untuk melakukan penjimatan tenaga untuk sistem pencahayaan. Melalui perisian ini juga, pengguna dapat mengenal pasti potensi yang ada dalam sistem pencahayaan untuk melakukan penjimatan tenaga elektrik. Perisian ini boleh digunakan di lapan jenis ruang yang terdapat di dalam rumah kediaman biasa dan bangunan-bangunan komersial. Perisian akan membantu pengguna mengira keperluan cahaya yang diperlukan oleh sesuatu jenis ruang dan seterusnya melakukan perbandingan dengan sistem pencahayaan yang telah siap dipasang. Ia bagi memastikan sama ada berlaku lebihan atau kekurangan sumber cahaya di dalam ruang tersebut. Perisian in juga boleh digunakan bagi mereka bentuk sebuah sistem pencahayaan yang baru. Perisian juga akan membantu pengguna mengira kos yang dikenakan terhadap tenaga elektrik yang telah digunakan oleh sistem pencahayaan. Pengiraan adalah bergantung kepada jenis tarif yang digunakan dan jenis peralatan yang digunakan di dalam sistem pencahayaan tersebut. Peringkat terakhir di dalam perisian ini adalah laporan mengenai proses audit yang telah dilakukan. Laporan akhir di dalam perisian ini akan memaparkan jumlah kos penggunaan tenaga dalam tempoh sehari (Ringgit Malaysia (RM)/ sehari) daa jumlah kos penggunaaa tenaga elektrik bagi sistem pencahayaan untuk tempoh sebulaa (RM/sebulaa). Kesemua peralatan yang digunakan di dalam sistem pencahayaan ini juga akan dipaparkan di dalam laporan akhir tersebut.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Lighting, Energy auditing
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKE
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 07 Jun 2013 08:51
Last Modified: 28 May 2015 03:54
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/8094

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year