Browse By Repository:

 
 
 
   

Kawalan Peralatan elektrik Berasaskan Mikro Pengawal Menggunakan Isyarat DTMF

Arif Hadafie, Idris (2005) Kawalan Peralatan elektrik Berasaskan Mikro Pengawal Menggunakan Isyarat DTMF. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Kawalan_Peralatan_elektrik_Berasaskan_Mikro_Pengawal_Menggunakan_Isyarat_DTMF_Arif_Hadafie_b_Idris.pdf24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (3802Kb)
[img] PDF (Full text)
Kawalan_Peralatan_elektrik_Berasaskan_Mikro_Pengawal_Menggunakan_Isyarat_DTMF_Arif_Hadafie_b_Idris.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (16Mb)

Abstract

Teknologi terkini dalam sistem kawalan banyak menjurus kepada sistem kawalan secara berpusat ataupun secara jarak jauh. Penggunaan telefon sebagai salah satu perhubungan pengguna dan industri boleh memajukan aplikasi kegunaan telefon bagi kesenangan pengguna. Kaedah-kaedah ini memudahkan pengguna dalam mengawal peralatan elektrik yang semakin banyak digunakan di dalam sesebuah rumah. Projek ini berminat untuk mengaplikasikan satu sistem yang dapat mengawal peralatan elektrik di rumah secara jarak jauh. Dalam ertikata lain pengguna dapat menguruskan peralatan elektrik di rumah tanpa perlu hadir di dalam rumah tersebut. Matlamat utama projek ini ialah untuk menghasilkan satu rekabentuk sistem kawalan yang berasaskan mikro pengawal. Talian telefon digunakan bagi membolehkan sistem ini dapat dikawal secara jarak jauh. Pembangunan projek ini terbahagi kepada 3 fasa pembangunan. Fasa pertama ialah dengan membangunkan litar pengantaramuka 'Dual Tone Multi Frequency' (DTMF). Litar ini mengandungi pengesan deringan dan penyahkod isyarat DTMF. Fasa kedua pula ialah berkaitan dengan fungsi kawalan utama sistem menggunakan mikro pengawal "Peripheral lntelface Controller" PIC 16F877. Fasa ketiga mengandungi litar geganti/penyentuh untuk proses kawalan menghidup atau mematikan peralatan elektrik seperti lampu, kipas dan sebagainya. Di akhir projek ini satu model rekabentuk sistem akan dihasilkan bagi mengawal sebuah mentol dan kipas yang menggunakan sebuah motor DC.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Programmable controllers
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKE
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 01 Oct 2013 02:44
Last Modified: 28 May 2015 03:54
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/8097

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year