Browse By Repository:

 
 
 
   

Alat Bantuan Pembelajaran Mikropengawal MCS51

Mohamad Azizul , Hamdan (2006) Alat Bantuan Pembelajaran Mikropengawal MCS51. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Alat_Bantuan_Pembelajaran_Mikropengawal_MCS51_Mohamad_Azizul_Hamdan_TJ223.P76.M38_2006_2.pdf - Submitted Version

Download (4Mb)
[img] PDF (Full Text)
Alat_Bantuan_Pembelajaran_Mikropengawal_MCS51_Mohamad_Azizul_Hamdan_TJ223.P76.M38_2006.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (19Mb)

Abstract

Matlamat utama projek 'MCS51 Microcontroller Training System' dihasilkan adalah sebagai alat bantuan pembelajaran yang lebih praktikal kepada pelajar khususnya di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM). Fungsi projek ini adalah di mana apabila pelajar memasukan program melalui papan kekunci komputer, data program itu akan dimuat naik pada RAM. RAM akan mengesahkan data program dan kemudiannya akan memaparkan keluaran dari data program itu kepada litar keluaran. Litar mikropengawal 8051 ini berfungsi sebagai litar utama dalam projek ini di mana program monitor akan diletakkan pada ROM. Program monitor terdiri daripada data simpanan( dump), program perlaksanaan dan juga mempamerkan ingatan. Secara fizikalnya, rupa bentuk 'MCS51 Microcontroller Training System' ini adalah sama seperti alat bantuan pembelajaran yang lain contohnya alat bantuan pembelajaran bagi mikropengawal. Cuma yang membezakan kedua-dua alat bantuan pembelajaran ini adalah komponen utama yang diaplikasikan semasa sesi pembelajarannya. 'MCS51 Microcontroller Training System' ini menggunakan mikropengawal 8051 sebagai komponen utama untuk menjalankan litar. Terdapat tiga bahagian yang utama untuk menjalankan alat bantuan pembelajaran ini. Ia adalah komputer, litar mikropengawal dan juga litar keluaran. Bagi proses antara muka untuk komputer dan juga litar mikropengawal, pengunaan bahasa C diaplikasikan. Bahasa aturcara komputer akan digunakan bagi melakukan proses antara muka antara litar mikropengawal dan juga litar keluaran. Untuk projek ini litar keluaran yang akan digunakan adalah 'running light LED' dan juga 'motor'. Secara ringkasnya alat bantuan pempelajaran ini berfungsi apabila kita memasukkan program melalui komputer dan kemudiannya kita akan dapat melihat hasil program yang kita lakukan melalui litar keluaran yang telah disediakan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Programmable controllers
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKE
Depositing User: Siddiq Jais
Date Deposited: 08 Jul 2013 02:05
Last Modified: 28 May 2015 03:56
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/8484

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year