Browse By Repository:

 
 
 
   

Sistem Kawalan Lampu Isyarat Mudah Alih

Muhammad Subri , Zaid (2007) Sistem Kawalan Lampu Isyarat Mudah Alih. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 Pages)
Sistem_Kawalan_Lampu_Isyarat_Mudah_Alih_Muhammad_Subri_Bin_Zaid_-_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (1702Kb)
[img] PDF (Full Text)
Sistem_Kawalan_Lampu_Isyarat_Mudah_Alih_Muhammad_Subri_Bin_Zaid.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (9Mb)

Abstract

Sistem kawalan lampu isyarat mudah alih merupakan satu alatan yang penting dalam kehidupan manusia masa kini. Sistem yang akan dibangunkan ini merupakan sistem yang mengawal kesesakan lalu lintas yang mana menggantikan pemegang bendera mengawal laluan kenderaan khususnya bagi kenderaan berat. Pembinaan projek ini memerlukan pengetahuan dalam bidang elektrik dan juga elektronik. Ianya direka khas untuk meminimumkan kadar kematian atau kekerapan kecederaan dan kemalangan oleh pegawai-pegawai atau pemegang bendera kerana mereka mempunyai risiko yang tinggi semasa araban lalu lintas ketika keija-keija pembinaan, kecemasan atau keadaan-keadaan tertentu. Sistem ini dapat dikawal secara manual dan automatik bergantung kepada keadaan yang mana penggunaan alat kawalan jauh diperlukan untuk kawalan secara manual. Sistem lampu isyarat mudah alih ini juga menggunakan bekalan voltan yang rendah iaitu antara 9-12 volt. Penggunaan bateri yang biasa boleh digunakan selain daripada penggunaan bekalan kuasa Bagi alat kawalan jauh, penggunaan radio frekuensi digunakan kerana ia dapat bertindak dengan lebih jauh. Pemasa digunakan dalam sistem ini dimana setiap lampu isyarat yang menyala akan disetkan pada masa tertentu supaya setiap lampu yang menyala akan menyala secara berturutan. Litar bersepadu merupakan komponen utama dalam sistem ini yang akan mengawal setiap peijalanan litar. lteseluruhan kawalan didalam sistem ini adalah berdasarkan kepada penggunaan litar bersepadu sebagai suis yang menerima isyarat masukan dan mengeluarkan isyarat 'ON' atau 'OFF' . Sistem kawalan lampu isyarat mudah alih ini me!nehuhi keperluan manusia dengan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan dapat mengurangkan jumlah penggunaan 1enaga keija manusia.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Programmable controllers, Electronic traffic controls, Traffic signs and signals -- Data processing
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKE
Depositing User: Mohd Syahrizal Mohd Razali
Date Deposited: 20 Aug 2013 03:22
Last Modified: 28 May 2015 04:03
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/9349

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year