Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Impak Sosioekonomi Loji Penapisan Petronas ( Melaka ) Sdn Bhd Ke Atas Kawasan Setempat Dan Pembangunan Semula Kawasan Yang Sama

Mohd. Taib , Dora and Syed Najmuddin , Syed Hassan and Izaidin, Abdul Majid and Zawiah , Mat and Norliah, Kudus and Fauzi, Kamarudin and Amir, Aris (2009) Kajian Impak Sosioekonomi Loji Penapisan Petronas ( Melaka ) Sdn Bhd Ke Atas Kawasan Setempat Dan Pembangunan Semula Kawasan Yang Sama. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
(PJP)__DAH_EDIT_Kajian_impak_sosioekonomi_loji_penapisan_petronas_(_melaka_)_sdn_bhd_ke_atas_kawasan_setempat_dan_pembangunan_semula_kawasan_yang_sama_tj778_k34_2009003.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (19Mb)

Abstract

Perbadanan Minyak Malaysia ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 dan diberi nama Petronas. Petronas merupakan singkatan kepada Petroliam Nasional Berhad dan didaftarkan di bawah Akta Syarikat-syarikat 1965. Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan pengl ibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Sehubungan itu. Petronas Penapisan telah dirubuhkan pada tahun 1987 di beberapa pusat atau Loji Petronas Penapisan (LPP) bagi memproses dan meningkatkan kapasiti pengeluaran minyak negara. Satu daripada loji penapisan tersebut telah dibina di kawasan Tangga Batu, Melaka pada tahun 1987. Pada peringkat awal. penubuhannya telah mendapat tentangan hebat daripada penduduk setempat kerana membabitkan pengambilalihan petempatan mereka bagi tujuan pembinaan loji ini. Polemik dan konflik yang berlaku terutamanya membabitkan penduduk di Kg. Tanah Merah pada ketika itu telahpun dapat diselesaikan yang mana penduduk tempatan diberikan pampasan dan sebahagian mereka ( l 0%) diberikan petempatan ban1 di kawasan Sungai Udang. Malahan, pihak pengurusan Petronas juga menjanjikan peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan apabila terbinanya loji penapisan itu nanti . Dalam erti kata lain, kerajaan melalui agensi Petronas melihat bahawa projek LPP ini sebagai suatu projek pembangunan sosioekonomi yang berpotensi se rta mampu meningkatkan pembangunan di kawasan ini. Kini setelah lebih 20 tahun ianya beroperasi. tahap sosioekonomi penduduk di kawasan berkenaan tidaklah banyak berubah dan jika dilihat daripada dapatan kajian, yang mana persepsi menunjukkan LPP tidak memberikan impak positif terhadap peningkatan sosioekonomi masyarakat setempat. Malah para penduduk menyatakan bahawa sejak LPP dibina, mereka terpaksa berhadapan dengan pencemaran seperti bunyi dan udara. lamun apa yang boleh disimpulkan pembangunan sosioekonomi yang berlaku sekitar 20 tahun lalu bukanlah disebabkan oleh keberadaan LPP itu sendiri. Sebal.iknya ini adalah limpahan pembangunan dan ini siatifterancang oleh kerajaan negeri secara keseluruh annya.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Gas-turbines, Liquefied petroleum gas
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Projek Jangka Panjang / Pendek > PBPI
Depositing User: Siddiq Jais
Date Deposited: 25 Mar 2014 07:34
Last Modified: 28 May 2015 04:19
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/11699

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year