Browse By Repository:

 
 
 
   

Kesan Komunikasi Dalam Organisasi Ke Atas Kepuasan Kerja Staf Sokongan Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Ahmad Jawahir, Tugimin and Mohd Taib, Dora and Rosli, Saadan and Nor Maslian , Abd Halip (2008) Kesan Komunikasi Dalam Organisasi Ke Atas Kepuasan Kerja Staf Sokongan Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (Full Text)
Kesan_komunikasi_dalam_organisasi_ke_atas_kepuasan_kerja_staf_sokongan_Ahmad_JAwahir.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan komunikasi dalam organisasi ke atas kepuasan kerja staf sokongan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Melalui kajian ini, bentukbentuk komunikasi yang digunakan dalam organisasi, kekerapan penggunaannya, bentuk komunikasi yang digunakan dalam menerima dan memberi arahan atau maklumat, kemahiran komunikasi yang dimiliki oleh pekerja dan bentuk-bentuk komunikasi yang memberi kepuasan kerja telah dikenal pasti. Seramai 94 orang responden yang terdiri daripada 54 responden lelaki dan 40 responden perempuan telah dipilih secara rawak sebagai sampel di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan data. Data-data yang telah dikumpulkan dianalisis menggunakan program SPSS-W1N. Hasil kajian menunjukkan bahawa komunikasi lisan adalah komunikasi yang banyak digunakan dalam organisasi melalui kaedah interpersonal ( 62%). Bentuk komunikasi yang digunakan tidak mempengaruhi kekerapan penggunaannya. Bentuk komunikasi bertulis selalu digunakan melalui kaedah notis (44.7%) , memo (52.6%) , dialog (38.3%) dan laporan (43.6%) digunakan untuk menyampaikan maklumat atau arahan berkaitan dengan hal kerja. Sebanyak 69% responden memerlukan kemahiran komunikasi tetapi hanya 84 % daripada mereka yang pemah mengikuti kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka. Komunikasi yang banyak memberikan kepuasan kerja kepada responden adalah komunikasi bertulis. Secara keseluruhan, komunikasi yang diamalkan dalam organisasi banyak mempengaruhi kepuasan kerja staf sokongan. Sebagai cadangan, kajian yang lebih banyak perlu dijalankan terhadap kesan komunikasi terhadap kepuasan staf sokongan kerana ia akan mempengaruhi prestasi mereka.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Communication in organizations, Communication in personnel management, Job satisfaction -- Case studies, Job satisfaction -- Research
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Library > Projek Jangka Panjang / Pendek > PBPI
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 16 May 2014 07:00
Last Modified: 28 May 2015 04:25
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/12423

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year