Browse By Repository:

 
 
 
   

Kajian Berkaitan Sumber Kawasan Pelepasan Inventori Bagi Taman Perumahan Di Kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Faiz Adzhar, Abdul Halim (2015) Kajian Berkaitan Sumber Kawasan Pelepasan Inventori Bagi Taman Perumahan Di Kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] Text
Kajian Berkaitan Sumber Kawasan Pelepasan Inventori Bagi Taman Perumahan Di Kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada mengenalpasti pelepasan inventori yang terhasil daripada aktiviti memasak di taman perumahan yang berlaku di kawasan MBMB. Antara bahan pencemar yang berlaku semasa aktiviti memasak adalah gas NOx, CO, S02, NMVOC, dan PMJO. Kawasan yang dipilih daripada kajian ini adalah di kawasan Cheng, Bukit Katil, Peringgit dan Bandar Melaka. Kawasan ini dipilih kerana mempunyai pelbagai jenis kepadatan penduduk. Perlaksanaan kajian ini menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan maklumat tentang pelepasan bahan pencemar di kawasan yang dikaji. Rujukan buku CORNIAIR 2013 pada jadual bahan bakar Tier 1 digunakan untuk mendapatkan nilai faktor pelepasan selepas data daripada aktiviti soal selidik disiapkan. Pengiraan untuk mendapatkan nilai kadar pelepasan (ER) dibuat setelah nilai faktor pelepasan (EF) dan nilai kadar aktiviti (AR) telah dianalisis. Penggunaan perisian MAPINFO juga digunakan untuk mengetahui gambaran keseluruhan pelepasan yang berlaku di kawasan taman perumahan MBMB. Secara puratanya sebanyak 166.51 hingga 4157.06 tan/tahun bahan pencemar telah dilepaskan dalam aktiviti memasak ini. Gas NOx menunjukkan nilai pelepasan yang tertinggi iaitu sebanyak 4157.06 tan/tahun dan gas SOx menunjukkan nilai pelepasan yang paling rendah iaitu sebanyak 166.51 tan/tahun. Keputusan ini dipengaruhi oleh dua faktor iaitu jumlah kepadatan penduduk di sesuatu kawasan dan yang kedua dipengaruhi oleh nilai faktor pelepasan itu sendiri. Semakin padat bilangan penduduk di sesuatu kawasan dan nilai faktor pelepasan itu sendiri, semakin tinggi nilai kadar pelepasan bahan pencemar di kawasan taman perumahan ini.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Air - Pollution - Measurement
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKM
Depositing User: Mohd Hannif Jamaludin
Date Deposited: 27 Apr 2016 02:44
Last Modified: 27 Apr 2016 02:44
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/16317

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year