Browse By Repository:

 
 
 
   

Pemasangan Kincir Angin

Ahmad Sobri, Dahalan (2011) Pemasangan Kincir Angin. Project Report. UTeM, Melaka, Malaysia. (Submitted)

[img] PDF (24 pages)
Pemasangan_Kincir_Angin_24_Pages.pdf - Submitted Version

Download (2395Kb)
[img] PDF (Full Text)
Pemasangan_Kincir_Angin_Full_Text.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (7Mb)

Abstract

Secara umumnya, tenaga boleh dihasilkan daripada pelbagai sumber seperti, petroleum, nuklear, hidrolektrik dan tenaga daripada sumber yang boleh diperbaharui. Tetapi, pada hari ini, keinginan untuk menghasilkan tenaga yang bersih telah mendorong kajian terhadap sumber tenaga boleh diperbaharui dilaksanakan. Oleh itu, tujuan utama projek ini adalah untuk menjalankan kajian terhadap sumber angin di Malaysia dan potensi penggunaan angin dalam menghasilkan tenaga. Angin adalah salah sejenis tenaga yang boleh diperbaharui dan mempunyai potensi untuk menghasilkan tenaga yang bersih menggantikan tenaga yang tidak boleh diperbaharui yang boleh menyebabkan pencemaran seperti penggunaan bahan bakar seperti petroleum. Oieh itu, tujuan kajian ini adalah untuk menentukan sama ada tenaga angin sesuai atau tidak digunakan di Malaysia sebagai sumber alternatif untuk menghasilkan tenaga di masa akan datang. Tenaga angin boleh dihasilkan dengan menggunakan kincir angin yang sesuai dengan kelajuan angin di kawasan kajian iaitu pantai timur semenanjung Malaysia. Kelajuan angin di Malaysia boleh mencapai sehingga 12 m/s dan keadaan ini boleh dijadikan sebagai kelebihan bagi Malaysia untuk menggunakan tenaga angin untuk menghasilkan tenaga untuk digunakan seperti untuk menjana elektrik. Model ini dihasilkan serta direkabentuk dengan menggunakan perisian Rekabentuk Berbantu Komputer SolidWork. Secara keseluruhannya dalam projek ini membincangkan tentang pengaruh sudut bilah terhadap tenaga yang dikeluarkan bersesuaian dengan kelajuan angin di pesisiran pantai Terengganu semenanjung Malaysia serta mendapatkan berapa jumlah tenaga dapat dijana oleh model kincir angin ini.

Item Type: Monograph (Project Report)
Uncontrolled Keywords: Wind power, Wind turbines -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TJ Mechanical engineering and machinery
Divisions: Library > Projek Sarjana Muda > FKM
Depositing User: Azman Amir
Date Deposited: 26 Jul 2012 04:19
Last Modified: 28 May 2015 03:27
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/4756

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year