Browse By Repository:

 
 
 
   

BAGAIMANA MENGHADAPI TEKANAN DI TEMPAT KERJA

Ahmad Rozelan, Yunus (2012) BAGAIMANA MENGHADAPI TEKANAN DI TEMPAT KERJA. UNSPECIFIED.

[img] PDF (ANDA STRES?)
cetak - Published Version

Download (7kB)

Abstract

Tekanan dalam pekerjaan adalah lumrah. Sepanjang 2009, guru-guru di England menghadapi tekanan mengajar yang berat. Akibatnya lebih kurang 15,000 daripada 465,672 guru mereka mengambil cuti sakit setiap hari. Bagaimana pula statistik di Malaysia? Definisi umum tekanan atau ‘stress’ ialah sebarang jenis desakan yang memberi kesan kepada kehidupan harian seseorang individu mahupun dalam bentuk kumpulan individu dalam sesebuah jabatan atau organisasi. Tekanan membentuk tingkah laku dan memberi kesan terhadap emosi individu. Ia secara amnya adalah reaksi dihasilkan oleh individu terhadap makna yang diberinya bagi sesuatu punca tekanan itu. Banyak faktor menjadi punca tekanan di tempat kerja. Seorang pengkaji keselarasan kerjaya individu iaitu John L Holland menyatakan bahawa individu akan gembira dan cemerlang bekerja dalam persekitaran kerja yang selaras dengan ciri dirinya. Ini bermakna seorang itu akan seronok bekerja sebagai guru, jika ciri dirinya sepadan dengan ciri seorang guru. Selain itu, Strategi berkesan mendepani tekanan kerja adalah strategi yang berbentuk proaktif. Tiga kaedah proaktif yang ingin dicadangkan adalah; (1) Log Aktiviti, (2) ”To Do List”, dan (3) Analisis Tugas. Tekanan dalam kerja perlu dihadapi sama ada pekerjaan itu sepadan dengan ciri dirinya atau tidak, individu perlu menyediakan diri dengan kemahiran untuk bekerja dalam tekanan.

Item Type: Other
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Faculty of Technology Management and Technopreneurship > Department of Technopreneurship
Depositing User: Prof. Dr Ahmad Rozelan Yunus
Date Deposited: 14 Nov 2012 14:41
Last Modified: 28 May 2015 03:29
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/4901

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year