Makmal Maya Kimia Berasaskan Pendekatan Kognitivisme, Konstruktivisme Dan Konteksual (VLAB-CHEM)

Norasiken, Bakar (2008) Makmal Maya Kimia Berasaskan Pendekatan Kognitivisme, Konstruktivisme Dan Konteksual (VLAB-CHEM). PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] PDF (24 Pages)
Makmal_Maya_Kimia_Berasaskan_Pendekatan_Kognitivisme,_Konstruktivisme_Dan_Konteksual_(VLAB-CHEM).pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kini, makmal maya yang merupakan salah satu pendekatan pembelajaran maya (Virtual Learning) mula diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah. Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk mengkaji dua aspek utama. Pertama, membangunkan sebuah makmal realiti maya berasaskan multimedia untuk mata pelajaran Kimia yang bertajuk Makmal Maya Kimia berasaskan pendekatan kognitivisme- konstruktivisme-kontekstual (VLab-Chem). Tujuan kedua penyelidikan tersebut ialah mengkaji kepenggunaan makmal maya VLab-Chem berasaskan lima konstruk seperti berikut: keberkesanan, kebolehbelajaran, kebolehgunaan, keanjalan dan sikap pelajar terhadap penggunaan makmal maya VLab-Chem. Makmal maya VLabChem dibangunkan berasaskan metodologi pembangunan Model Kitar Hayat Kognitivisme-Konstruktivisme-Kontekstual (KHK3 -VLab-Chem), reka bentuk dan pembangunan model reka bentuk berarahan (ID) VLab-Chem, berasaskan unsur antara muka yang mesra pengguna, interaktiviti, hasil pembelajaran, persekitaran serta kumpulan sasaran dan pembangunan sebuah prototaip makmal maya. Kajian kepenggunaan terhadap makmal maya VLab-Chem, dilaksanakan berdasarkan pendekatan eksperimen separa, menggunakan teknik pemerhatian etnografi melalui sebuah kajian kes. Sampel kajian terdiri daripada 61 orang pelajar tingkatan empat dari sebuah sekolah bestari di negeri Melaka iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Dol Said, Alor Gajah, Melaka. Beberapa instrumen kajian seperti soal selidik, senarai semakan makmal maya, catatan perkembangan pelajar, skedul temu bual, dan dua set ujian penilaian iaitu pra uj ian dan pasca ujian dibina bagi memperoleh data kajian. Pengujian kepenggunaan dilaksanakan berasaskan kumpulan kawalan (.K) dan kumpulan eksperimen (E), menggunakan ujian-t. Secara keseluruhannya kajian mendapati, bahawa kumpulan eksperimen (E) yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan makmal maya (VLab-Chem) telah memperoleh pencapaian yang lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan (K) yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran secara konvensyenal. Penyelidikan ini telah berjaya meyumbang kepada aspek seperti: (i) reka bentuk metodologi pembangunan makmal maya yang digelar Model Kitar Hayat Kognitivisme-Konstruktivisme-Kontekstual (KHK3-VLab-Chem); (ii) ·mereka bentuk sebuah model reka bentuk berarahan (ID) VLab-Chem; (iii) membangunkan prototaip makmal maya VLab-Chem; (iv) mereka bentuk dan membangunkan modul-modul seperti: Modul Induction, Modul Experiment, Modul Electronic Report, Modul Revision, Modul Mind Test, Modul Glossary dan Modul Concept Map; dan (v) hasil penemuan kepenggunaan makmal maya VLab-Chem.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Interactive multimedia, Computer-assisted instruction, Chemistry -- Computer-assisted instruction, Dissertations, Academic -- Malaysia
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QD Chemistry
Divisions: Library > Disertasi > FTMK
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 25 Nov 2014 14:19
Last Modified: 28 May 2015 04:31
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/13426
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item