Impak perlaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S di Institut Teknikal Jepun Malaysia

Mohamed Yusof, Mohd Raris (2013) Impak perlaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S di Institut Teknikal Jepun Malaysia. Masters thesis, UTeM.

[img] Text
Impak perlaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S di Institut Teknikal Jepun Malaysia.pdf

Download (590kB)

Abstract

SS adalah akronim kepada lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seisou, Seiketsu dan Shistuke yang membawa maksud sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Kajian ini bertujuan untuk menganalisa kecekapan capaian dokumen dan peralatan di kalangan kakitangan dan pelajar, menganalisa keberkesanan penjimatan ruang kerja di kalangan kakitangan dan mendapatkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan perlaksanaan amalan SS di JMTI selepas persijilan SS diterima. Kajian dibuat di Bahagian dan Jabatan berkaitan di JMTI melibatkan kakitangan dan pelajar yang terlibat secara langsung dengan minimum data 1 S orang dalam tempoh tiga bulan pemerhatian mulai Januari hingga Mac 2013. Peratus kecekapan capaian dokumen adalah 69.37% lebih baik jika dibandingkan masa sebelum persijilan dan 44.66% lebih baik dengan masa capaian piawai MPC. Kecekapan capaian peralatan pula adalah 76.S8% lebih baik berbanding masa sebelum persijilan dan 77.71% lebih baik berbanding masa capaian piawai yang ditetapkan MPC. Berdasarkan keputusan penggunaan ruang alat tulis peribadi dan juga penggunaan ruang kerja kakitangan, didapati keberkesanan penjimatan ruang adalah rendah kerana nilai keberkesanan penggunaan ruang alat tulis individu adalah 4.S% manakala keberkesanan penggunaan ruang kerja keseluruhan individu pula ialah 1.49% sahaja. Faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan dan kegagalan Amalan SS adalah Pengurusan, Persekitaran, Peribadi dan Kewangan. Keputusan daripada kajian ini boleh dijadikan panduan kepada kakitangan dan pelajar JMTI khususnya dan JTM amnya, berkaitan impak daripada perlaksanaan Amalan SS boleh membantu meningkatkan produktiviti sesuatu kerja

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Office management, Service industries Management, Service industries, Quality control
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Library > Tesis > FKP
Depositing User: Salleh Mohd Nor
Date Deposited: 10 Sep 2015 04:46
Last Modified: 10 Sep 2015 04:46
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/14959
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item