Kesan Pembebanan Spektrum Dan Suhu Terhadap Hayat Lesu Aloi Aluminium AA6061 Dan AA7075

Kamarul Ariffin, Zakaria (2014) Kesan Pembebanan Spektrum Dan Suhu Terhadap Hayat Lesu Aloi Aluminium AA6061 Dan AA7075. PhD thesis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

[img] Text (24 pages)
Kesan Pembebanan Spektrum Dan Suhu Terhadap Hayat Lesu Aloi Aluminium AA6061 Dan AA7075 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (260kB)

Abstract

Kajian ini memfokuskan kesan turutan pembebanan ke atas hayat lesu bahan pada suhu tinggi. Pengkajian hayat lesu di bawah pembebanan pelbagai amplitud merupakan suatu subjek yang penting kerana sebahagian besar komponen kejuruteraan dikenakan tegasan yang berubah-ubah dengan masa. Diketahui bahawa kesan turutan pembebanan jelas mempengaruhi hayat lesu bahan. Walau bagaimanapun, sejauh mana kesan turutan pembebanan ini pada suhu tinggi masih menjadi persoalan dan perlu kepada suatu pengkajian yang khusus. Justeru itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menjalankan satu kaedah penilaian hayat lesu pada suhu tinggi di bawah pembebanan spektrum yang telah dijana daripada pembebanan rawak komponen kejuruteraan sebenar. Isyarat terikan lesu telah dicerap daripada pendakap penetap enjin kereta 1300 cc yang dipandu di atas dua jenis permukaan jalan iaitu di lebuh raya dan jalan raya kawasan taman perumahan. Sebelum cerapan data lesu dilakukan, analisis unsur terhingga secara statik telah dijalankan bagi menentukan kawasan paling kritikal pada pendakap penetap enjin kereta. Keputusan menujukkan isyarat terikan lesu bagi jalan raya kawasan taman perumahan mempunyai parameter-parameter statistik dan nilai kerosakan lesu yang lebih tinggi ke atas pendakap penentap enjin kereta berbanding dengan isyarat terikan lesu bagi lebuh raya. Pembebanan amplitud malar, pembebanan dengan turutan tinggi kepada rendah dan pembebanan dengan turutan rendah kepada tinggi telah dijana dengan menggunakan kaedah nilai kerosakan setara. Bahan aloi aluminium 6061-T6 dan 7075-T6 telah digunakan sebagai subjek dalam kajian kerana bahan ini banyak digunakan dalam pembuatan komponen automotif dan kejuruteraan. Antara penggunaan aloi aluminium sebagai komponen automotif termasuklah dalam pembuatan omboh, kepala silinder, rim roda, pendakap, komponen brek, komponen stereng, panel dan struktur badan. Ujikaji hayat lesu dan ujikaji perambatan retak lesu dijalankan pada suhu bilik berdasarkan kepada piawaian ASTM E466 dan ASTM E647. Keputusan menunjukkan jumlah hayat lesu paling rendah di bawah pembebanan amplitud malar dan jumlah hayat lesu paling tinggi di bawah pembebanan dengan turutan rendah kepada tinggi. Ujikaji hayat lesu pada suhu tinggi telah dilakukan pada suhu 70 C, 150 C dan 250 C. Julat suhu ini dipilih berdasarkan kepada suhu maksimum bagi pendakap penetap enjin kereta dan juga suhu puncak kepala silinder yang boleh dicapai ketika beroperasi. Keputusan yang diperolehi menunjukkan hayat lesu berkurangan secara eksponen dengan peningkatan suhu. Kesan turutan pembebanan pula didapati lebih dominan pada suhu bilik berbanding pada suhu tinggi dengan perbezaan hayat lesu sebanyak 36 % hingga 45 % pada suhu bilik berbanding dengan 7% hingga 14% sahaja pada suhu 250ºC. Kesan turutan pembebanan turut dilihat daripada pemerhatian ke atas permukaan patah. Pengukuran kadar perambatan retak lesu pada suhu bilik secara mikroskopik mendapati taburan titik korelasi berada dalam julat faktor 2. Kesimpulannya, kesan turutan pembebanan penting untuk diambil kira dalam penilaian hayat lesu bahan terutamanya pada suhu bilik berbanding dengan suhu tinggi. Perkaitan matematik antara hayat lesu suhu bilik dengan suhu tinggi turut menyumbang kepada peramalan hayat lesu secara formulasi.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Allominium alloys -- Testing
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TA Engineering (General). Civil engineering (General)
Divisions: Library > Disertasi > FKM
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 12 Apr 2016 04:09
Last Modified: 12 Apr 2016 04:09
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/16218
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item