Kerangka Paleografi Jawi Digital : Satu Cadangan Awal

Khairuddin , Omar and Mohd Sanusi , Azmi (2010) Kerangka Paleografi Jawi Digital : Satu Cadangan Awal. In: Seminar Teknologi Maklumat, 27 October 2010, Melaka, Malaysia.

[img] PDF
prof_ko_kym.pdf

Download (950kB)

Abstract

Kajian paleografi adalah kajian untuk mengetahui tarikh dan juga tempat di mana manuskrip lama ditulis. Pada masa ini, bilangan manuskrip jawi yang terkumpul di perpustakaan utama di Malaysia sahaja dianggarkan berjumlah 7789 buah. Malah terdapat manuskrip yang tidak dapat diketahui tarikh dan tempat asalnya. Selain itu, faktor khat arab yang mempengaruhi tulisan jawi juga memainkan peranan ke atas kajian paleografi. Di dalam manuskrip jawi, wujudnya variasi jenis tulisan khat arab yang mengambarkan pengaruh penulis dan juga membuktikan bahawa manuskrip tersebut ditulis oleh penulis yang ramai. Keperluan kepada paleografi jawi digital adalah amat perlu memandang manuskrip yang banyak dan juga kini terdapat salinan manuskrip yang dibuat di dalam bentuk digital. Dalam kertas ini, kajian menjurus kepada perspektif ahli sains komputer. Kaedah penyelidik-penyelidik untuk tulisan Latin, India, Ibrani dikaji, difahami dan diperbandingkan. Satu kerangka kajian untuk paleografi jawi dicadangkan untuk mengetahui jenis pengaruh khat arab ke atas manuskrip-manuskrip jawi. Fitur-fitur global dan setempat pada imej jawi akan dikaji dan digunakan untuk tujuan pengelasan. Pengelasan fitur berasaskan jenis-jenis tulisan khat di dalam manuskrip akan menyumbangkan kepada pengenal pastian manuskrip. Selanjutnya ianya akan dapat menyumbangkan kepada asas penentuan jenis-jenis tulisan di dalam manuskrip melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Keynote)
Subjects: Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Depositing User: Dr Mohd Sanusi Azmi
Date Deposited: 23 Mar 2012 14:49
Last Modified: 28 May 2015 02:26
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/1943
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item