Pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran terhadap prestasi sekolah

Ahmad, Nor Hafiza (2021) Pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran terhadap prestasi sekolah. Masters thesis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

[img] Text (24 Pages)
Pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran terhadap prestasi sekolah.pdf - Submitted Version

Download (742kB)
[img] Text (Full Text)
Pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran terhadap prestasi sekolah.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Tuntutan organisasi sekolah melaksanakan perubahan ke arah menjadi sebuah organisasi pembelajaran adalah untuk memastikan organisasi sekolah mampu melaksanakan gerak balas secara responsif, adaptif dan efisien terhadap asakan perubahan yang berlaku. Meskipun konsep organisasi pembelajaran telah dibangunkan lebih tiga dekad yang lalu, namun kajian empirik yang melibatkan organisasi sekolah masih kurang. Malah kajian yang meneliti hubungan antara pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran dengan prestasi sekolah adalah amat terhad. Kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti persepsi guru terhadap tahap pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran, menentukan hubung kait antara aspek kepimpinan, sistem dan struktur kerja dan pembangunan dan prestasi staf dan mengenal pasti hubung kait antara pelaksanaan organisasi pembelajaran dengan prestasi sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan tinjauan kuantitatif yang melibatkan 13 buah organisasi sekolah menengah yang terdapat di daerah Melaka Tengah, Melaka. Soal selidik yang diadaptasi daripada model Learning Organisation Practices Profile yang telah dibina oleh O’Brien telah diedarkan kepada 500 orang responden yang terdiri daripada sumber manusia yang berkhidmat di organisasi sekolah yang terpilih. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian (SPSS) 25.0. Hasilnya menunjukkan bahawa pelaksanaan kesemua 12 komponen yang terkandung dalam model Learning Organisation Practices Profile berada di tahap yang tinggi. Aspek organisasi pembelajaran yang mencatatkan nilai min yang tertinggi ialah aspek kepimpinan, diikuti oleh aspek sistem dan struktur kerja dan pembangunan dan prestasi staf. Analisis korelasi peringkat Spearman menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang kuat antara ketiga-tiga aspek organisasi pembelajaran. Nilai Pekali Korelasi Peringkat Spearman yang dicatatkan bagi aspek kepimpinan dan sistem dan struktur kerja ialah .73, bagi aspek sistem dan struktur kerja dan pembangunan dan prestasi staf ialah .78 dan aspek pembangunan dan prestasi staf dan kepimpinan ialah .64. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran tidak akan berjaya tanpa sinergi yang utuh antara ketiga-tiga aspek organisasi pembelajaran. Analisis korelasi peringkat Spearman juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang lemah dan boleh diabaikan bagi aspek kepimpinan serta sistem dan struktur kerja dengan prestasi sekolah manakala aspek pembangunan dan prestasi staf pula mencatatkan hubungan yang rendah dengan prestasi sekolah. Nilai Pekali Korelasi Peringkat Spearman yang dicatatkan bagi aspek kepimpinan dan prestasi sekolah ialah .11, bagi aspek sistem dan struktur kerja dan prestasi sekolah ialah .18, bagi aspek pembangunan dan prestasi staf dengan prestasi sekolah ialah .21 dan bagi pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran dan prestasi sekolah ialah .17. Pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran mencatatkan hubungan yang lemah dengan prestasi sekolah. Ini menunjukkan bahawa pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran mempengaruhi prestasi sekolah namun terdapat faktor lain yang mempengaruhi prestasi sekolah. Dapat disimpulkan bahawa tahap pelaksanaan di organisasi sekolah yang dikaji berada di tahap yang tinggi dan amalan organisasi pembelajaran memberikan pengaruh yang positif terhadap prestasi sekolah. Kajian ini telah menyumbang kepada kajian empirikal yang meneliti hubungan pelaksanaan amalan organisasi pembelajaran dengan prestasi sekolah.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Organizational learning, Knowledge management
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: Library > Tesis > IPTK
Depositing User: F Haslinda Harun
Date Deposited: 27 Jan 2023 10:54
Last Modified: 27 Jan 2023 10:55
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/26033
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item