IMPLEMENTASI DASAR SOSIAL DAN IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN KOMUNITI DI MALAYSIA

Zainudin, Mohamad Zahir and Omar, Roziah (2012) IMPLEMENTASI DASAR SOSIAL DAN IMPAK KEPADA PEMBANGUNAN KOMUNITI DI MALAYSIA. Journal of Human Capital Development, 5 (2). pp. 27-45. ISSN 1985-7012

[img] Text
IMPLEMENTASI_DASAR_SOSIAL_DAN_IMPAK_KEPADA_PEMBANGUNAN_KOMUNITI_DI_MALAYSIA_abstrak.docx - Published Version

Download (12kB)

Abstract

Kerangka pembangunan ekonomi yang mendasari kemajuan negara-negara dunia lebih lima dekad lalu semakin diselarikan dengan kerangka pembangunan sosial kerana implikasi yang besar ke atas pembangunan manusia dan alam sekitar. Penekanan ke atas pembangunan sosial yang bermula sekitar tahun 1980-an telah dilihat penting demi kelestarian dan kemajuan Malaysia. Pembentukan dasar sosial menjadi bertambah penting untuk mengurus komuniti yang semakin berkembang dan kompleks. Dalam melaksanakan perancangan pembangunan sosial, persekitaran semula jadi dalam hubungan di antara pelaksana dasar dan kumpulan sasar adalah sama penting dengan kandungan dasar. Impak dasar sosial dalam perubahan hidup kerapkali bergantung kepada aktiviti yang terlibat dalam kalangan individu dan komuniti. Kajian ini ingin melihat bagaimana dasar sosial dilaksanakan di Malaysia dan sejauh mana pelaksanaannya memberi impak kepada komuniti setempat. Responden kajian terdiri daripada penerima bantuan mikro kredit Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Lokasi kajian yang dipilih ialah negeri Melaka kerana berada dalam zon yang lebih maju dari segi pembangunan ekonomi dan kesejahteraan sosial. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif untuk mendapatkan hasil yang lebih jelas dalam pelaksanaan dasar sosial. Data kajian dikumpulkan melalui perbincangan dengan kumpulan pakar, kumpulan berfokus dan pemerhatian langsung. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perubahan sosioekonomi yang ketara selepas responden menyertai skim berkenaan. Mereka boleh berdikari dan mempunyai motivasi tinggi untuk mengubah kehidupan. Penyelesaian dasar sosial bersama dasar ekonomi telah menyumbang kepada perubahan hidup komuniti yang pada awalnya adalah berpendapatan rendah. Malaysia telah berjaya membangunkan komuniti ini melalui pelaksanaan dasar sosial yang terangkum dan disesuaikan dengan keperluan kumpulan sasar. Kata Kunci: dasar sosial, pembangunan komuniti, Amanah Ikhtiar Malaysia

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: dasar sosial, pembangunan komuniti, Amanah Ikhtiar Malaysia
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Centre for Languages and Human Development > Department of Islamic Studies and Humanities
Depositing User: Mr Mohamad Zahir Zainudin
Date Deposited: 22 May 2017 00:33
Last Modified: 18 Jul 2021 16:49
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/7016
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item