Kebolehlaksanaan Sistem Jaminan Halal Di Kalangan Pengusaha Restoran Di Malaysia: Isu Dan Cabaran

Sazelin, Arif and Safiah, Sidek and Norain, Ismail and Norun Najjah, Ahmat (2013) Kebolehlaksanaan Sistem Jaminan Halal Di Kalangan Pengusaha Restoran Di Malaysia: Isu Dan Cabaran. In: THE 5TH ISLAMIC ECONOMIC SYSTEM CONFERENCE, 4-5 SEPTEMBER 2013, BERJAYA TIMES SQUARE HOTEL KUALA LUMPUR.

[img] PDF
iECONS_2013.pdf
Restricted to Registered users only

Download (356kB)
[img] PDF
img_iecons2013.pdf

Download (569kB)

Abstract

Malaysia telah berjaya memperkenalkan standard halal pertama di dunia dan adalah antara negara pengeksport produk halal utama. Atas faktor permintaan tinggi dunia terhadap produk halal menyebabkan ramai pengusaha makanan berlumba-lumba ingin mendapatkan pensijilan halal Malaysia. Untuk mendapatkannya sesuatu produk makanan perlu mematuhi aliran prosedur kerja dan standard yang ditetapkan oleh JAKIM. Bagi syarikat multinasional, mereka diwajibkan untuk membuat Sistem Jaminan Halal (SJH) terlebih dahulu. Dan tidak menjadi kesukaran untuk mereka mematuhi keperluan pensijilan halal yang ditetapkan. Ini terbukti apabila kajian menunjukkan sebahagian besar eksport produk halal adalah disumbangkan oleh syarikat multinasional dan syarikat bersaiz besar. Manakala bagi premis makanan yang ingin memohon pensijilan halal, pelaksanaan SJH dalaman amat digalakkan. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan kebolehlaksanaan SJH di kalangan pengusaha restoran. Perbincangan secara kritis akan dibuat dengan menyenaraikan beberapa kemungkinan permasalahan dan isu yang akan dihadapi oleh para pengusaha restoran dalam proses mereka melaksanakannya. Dicadangkan agar prosedur pengurusan SJH secara umumnya mungkin boleh dipermudahkan untuk kategori restoran kerana latar belakang dan ketidakmampuan mereka tanpa merosakkan sifat halal yang syumul.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Centre for Languages and Human Development > Department of Islamic Studies and Humanities
Depositing User: Dr. Sazelin Arif
Date Deposited: 04 Jul 2014 09:22
Last Modified: 28 May 2015 04:15
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/11106
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item