Status Pelaksanaan Kemahiran Insaniah (KI) Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Abdul Majid, Izaidin and Dora, Mohd Taib and Abdol Jalil , Ismail (2007) Status Pelaksanaan Kemahiran Insaniah (KI) Di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). In: Conference on Teaching and Learning in Higher Education (CLTHE), 12-14 December 2007, Kuala Lumpur.

[img] PDF
Status_Pelaksanaan_Kemahiran_Insaniah_ful[1]191107.pdf
Restricted to Registered users only

Download (358kB)

Abstract

Kemahiran insaniah (generic skills) semakin dilihat penting di peringkat global pada masa kini. Terdapat permintaan yang tinggi terhadap kemahiran insaniah di tempat kerja. Para majikan umumnya cuba memastikan kejayaan perusahaan dan perniagaan mereka dengan cara mengambil dan mengekalkan pekerja-pekerja yang memiliki pelbagai kemahiran dan attribut insaniah bagi melengkapi kemahiran teknikal mereka. Selain itu, kemahiran insaniah adalah penting memandangkan bidang pekerjaan kini memerlukan seseorang pekerja itu menjadi lebih fleksibel, berinisiatif dan mampu melaksanakan pelbagai tugasan. Dalam hubungan ini, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) sebagai sebuah IPTA di Malaysia yang berteraskan teknikal dan ICT turut akur bahawa adalah amat relevan dan perlu untuk melengkapkan pakej graduannya dengan semua elemen KI supaya mereka akan lebih diterima dalam dunia kerjaya. Elemen-elemen kemahiran insaniah yang meliputi kemahiran berkomunikasi, pemikiran dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan seperti yang digubal oleh pihak KPT telah cuba diterjemah dan digubal pelaksanaanya secara praktikal dalam proses P&P di UTeM. UTeM mengambil pendekatan bersepadu dalam melaksanakan pembangunan KI dalam kalangan pelajarnya. Namun demikian, pelaksanaannya masih lagi boleh dianggap sebagai berada di tahap penggubalan dan permulaan. Ketiga-tiga pendekatan seperti yang dicadangkan dalam Modul Pembangunan KI Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah diadaptasikan untuk dilaksanakan di UTeM. Pendekatan-pendekatan tersebut termasuklah pembangunan KI berasaskan aktiviti formal P&P, pembangunan KI berteraskan program sokongan dan pembangunan KI berasaskan kehidupan kampus. Kertas kerja ini akan cuba membincangkan isu-isu tersebut dengan melihat tahap aplikasinya di UTeM.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Centre for Languages and Human Development > Department of Languages
Depositing User: Prof Madya Dr. Izaidin Abdul Majid
Date Deposited: 21 Mar 2014 08:28
Last Modified: 28 May 2015 04:18
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/11527
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item