Rekabentuk dan Pembangunan Kalkulator Bergraf untuk Misi ke Marikh

Mohd. Sa'ari, Mohamad Isa (2004) Rekabentuk dan Pembangunan Kalkulator Bergraf untuk Misi ke Marikh. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] PDF (24 Pages)
Rekabentuk_dan_Pembangunan_Kalkulator_Bergraf_untuk_Misi_ke_Marikh.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Marikh atau "Ares" daJam bahasa Greek kuno yang bemaksud "Tuhan Peperangan" telah menarik perhatian manusia sejagat terutamanya dari segi keagamaan sej ak dari dulu lagi. Marikh merupakan jiran terdekat Bumi dan dikenali juga sebagai "Planet Kembar Bumi". Kajian untuk Misi ke Marikh telah dimulakan semenjak tahun 1940 lagi. Hanya pada tahun 1965, Mariner 4 telah menjadi kapal angkasa pertama yang berjaya meninjau dengan lebih dekat ke Marikh diikuti oleh misi-misi yang lain. Pada peringkat permulaan, hanya penghantaran kapal angkasa dengan mesin dan robot yang telah dilakukan, kemudian diikuti dengan penghantaran robot dan mesin yang lebih canggih untuk penyelidikan yang lebih terperinci. Buat masa sekarang, kajian untuk misi penghantaran manusia ke Marikh sedang dipergiatkan, ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan kajian yang lebih tepat dan terkini. Kaj ian keatas atmosfera dan keadaan planet Marikh untuk penyesuaian dengan habitat manus ia juga merupakan salah satu topik penting kajian. Marikh adalah berada amatjauh dari bumi, iaitu lebih kurang 200 kali ganda j ika dibandingkan dengan jarak ke bulan. Misi ke Marikh bukanlah semudah "arah dan tembak" kerana ia memerlukan kiraan yang lebih tepat terhadap kedudukan planet Bumi dan Marikh terutamanya semasa pelancaran dan pendaratan. Penggunaan teknik yang lebih murah dan berkesan iaitu "Orbit Pindah Hohmann" adalah merupakan salah satu faktor penyumbang terhadap kejayaan misi tersebut, disamping penggunaan tenaga yang minima dan faktor keselamatan yang dititikberatkan. Dalam projek ini, pembangunan dan rekabentuk kalkulator untuk misi ke Marikh dengan bantuan grafik telah dimajukan. Projek ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan tingkap pelancaran yang bersesuaian untuk misi ke Marikh. lni merupakan faktor yang amat penting bagi memastikan misi yang tepat dan cepat disamping penggunaan tenaga yang-optimum. lni juga akan dapat meminimakan penggunaan bahan pembakar. Pengiraan untuk tempoh penerbangan, tempoh berada di Marikh dan halaju yang diperlukan semasa misi juga telah dilaksanakan. Kedudukan planet diantara satu sama lain dengan sudut antara mereka pada setiap hari juga telah ditunjukkan semasa simulasi begitu juga dengan kedudukan kapal angkasa dan status misi. Untuk membantu pengguna lebih memahami misi ini, animasi dengan grafik bergambar yang menunjukkan perjalanan misi juga telah digunakan. Simulasi ini juga boleh membantu pengguna untuk menganalisa tingkap pelancaran dan perjalanan misi yang sesuai pada sebarang masa; Menu untuk mengubah atau membetulkan data misi, Menu Kemaskini Maklumat (Information Update menu) dan juga menu Analisa (Analysis menu ) boleh digunakan untuk tujuan ini. Kalkulator ini telah dib~gunkan dengan menggunakan perisian MATLAB6.5 dengan bantuan kemudahan Antaramuka Grafik Pengguna (GUI). Pada keseluruhannya, kalkulator yang telah dibangunkan akan dapat menyumbang kepada maklumat dan kefahaman asas yang diperlukan untuk merancang dan melaksanakan Misi ke Marikh · terutamanya kepada perekabentuk pesawat angkasa yang merekabentuk model untuk Misi ke Marikh. Pengetahuan tambahan untuk Marikh sebagai sebuah planet dari kacamata Astronomi juga boleh diperolehi dari tesis ini. Tesis ini juga boleh dijadikan sebagai sumber rujukan untuk pendidikkan terutamanya dalam Mekanik Orbit dan ciri-ciri Orbit Marikh.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Graphic calculators, Space flight -- Planning, Space vehicles -- Design and construction
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Disertasi > FKEKK
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 05 Sep 2014 10:23
Last Modified: 28 May 2015 04:28
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/12896
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item