Pembangunan Simulasi Penerbangan Peluru Berpandu Jenis Cruise dan Balistik

Fauzi, Mohd. Johar (2004) Pembangunan Simulasi Penerbangan Peluru Berpandu Jenis Cruise dan Balistik. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] PDF (24 Pages)
Pembangunan_Simulasi_Penerbangan_Peluru_Berpandu_Jenis_Cruise_dan_Balistik.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Isu pertahanan negara merupakan agenda utama, terutamanya negara kuasa-kuasa besar dunia seperti USA, Russia atau China bagi menjaga kedaulatan tanahair mereka tidak dicerobohi pihak asing seperti pertahanan sempadan, kesejahteraan rakyat, sumber bahan mentah, ekonomi pertanian, teknologi, atau industri. Tidak dapat dinafikan lagi teknologi ketenteraan dan persenjataan sentiasa seiring dengan perkembangan teknologi sains moden dan teknologi maklumat malahan ada yang terkehadapan dan banyak teknologi sekarang seperti sistem penentudukan global (GPS) dan CDMA. Peluru berpandu merupakan peralatan ketenteraan yang tidak pandu manusia yang dilengkapi dengan sistem kawalan penerbangan dan pemanduan arah s endiri bagi membawa bahan peledak atau agen pemusnah ke tempat sasaran. Kejayaan sesebuah peluru berpandu itu bergantung kepada kepantasan, kejituan dan keselamatan misi serangan mengenakan sasaran. Kos yang terlibat dalam sesuatu misi serangan perlu diambilkira. Komander atau pimglima perang perlu membuat keputusan untuk melancarkan peluru berpandu berdasarkan maklumat yang diterima daripada maklumat pengimbas bumi atau udara atau dari data yang dimuat turun dari satelit. Lengah masa panjang penerimaan maklumat dalam memutuskan sesuatu keputusan akan menjejaskan keberkesanan rnisi serangan. Sehubungan dengan ini, suatu sistem automasi yang bermaklumat adalah diperlukan bagi membantu komander membuat keputusan misi dengan pantas. Untuk tujuan ini satu simulasi penerbangan peluru berpandu jenis 'cruise' untuk laluan selamat dan balistik untuk laluan terus secara 'prinsip balistik dengan dibantu oleh data peta digital rupabentuk bumi telah dibangunkan. Simulasi ini dibangunkan dalam pengaturcaraan Matlab versi 6.5. Sistem ini akan menerima data sasaran seperti lokasi sasaran dan corak ketumbukan tentera musuh secara terus dari satelit atau stesen pengimbas dan sistem melakukan proses penjanaan dan penganalisaan laluan yang lebih selamat dan jenis penerbangan yang sesuai supaya misi peluru berpandu itu selamat, singkat masa menuju sasaran dan meminimakan kos yang terlibat.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Guided missiles, Space vehicles -- Electronic equipment
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Disertasi > FKEKK
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 05 Sep 2014 11:36
Last Modified: 28 May 2015 04:28
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/12902
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item