Kesan Pengubahsuaian Struktur Permukaan Simpangan P-N Peranti Fotovoltan Yang Dibina Secara Implantasi Ion

Mardiana, Bidin (2003) Kesan Pengubahsuaian Struktur Permukaan Simpangan P-N Peranti Fotovoltan Yang Dibina Secara Implantasi Ion. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] PDF (24 Pages)
Kesan_Pengubahsuaian_Struktur_Permukaan_Simpangan_P-N_Peranti_Fotovoltan_Yang_Dibina_Secara_Implantasi_Ion.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini membincangkan kaedah untuk mengatasi masalah kehilangan optik yang berlaku di dalam penggunaan peranti fotovoltan yang mana ia mengurangkan kadar kecekapan peranti tersebut secara keseluruhannya. Bentuk struktur permukaan simpangan p-n peranti fotovoltan yang baru di.jangka akan mampu menambah kadar kesensitifan spektrum peranti dan sekaligus ia dapat meningkatkan lagi kecekapannya. Sensitiviti spektrum dapat dipertingkatkan kerana bentuk-bentuk struktur baru di permukaan tersebut berupaya meningkatkan kadar cahaya matahari yang terperangkap dan yang diserap. Ini boleh dicapai dengan membina struktur-struktur geometri di permukaan peranti dengan menggunakan bahan kimia pemunar. Untuk tujuan kajian ilmiah ini, tiga jenis peranti fotovoltan yang berlainan bentuk struktur permukaannya telah dtbina dengan teknik implantasi ion secara simulasi dengan menggunakan perisian Virtual Wafer F ab (VWF) SIL V ACO. Tiga bentuk geometri yang dibina dan dianalisis di dalam kajian ini adalah bentuk lurah V, bentuk segi empat dan bentuk separa bulatan. Bentuk-bentuk geometri yang dibina dapat mengurangkan kadar jumlah cahaya matahari yang dipantul, dimana cahaya yang dipancar kepada peranti akan terpantul berulang-ulang kali apabila mengenai sisi struktur geometri tersebut. Keadaan ini menyebabkan cahaya mempunyai lebih banyak peluang untuk memasuki semula peranti walaupun gagal memasuki peranti pada laluan pertamanya. Daripada hasil analisis kajian ini, didapati penitibahsuaian terhadap bentuk struktur permukaan telah terbukti mampu meningkatkan prestasi peranti fotovoltan di mana kecekapan peranti telah meningkat lebih dari 2% dan kualiti penggunaannya dilihat meningkat hampir lebih 20% melalui pengukuran nilai arus litar pintasnya. Diantara struktur-struktur geometri tersebut, struktur lurah V adalah struktur geometri yang terbaik.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Photovoltaic cells
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TK Electrical engineering. Electronics Nuclear engineering
Divisions: Library > Tesis > FKEKK
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 05 Sep 2014 11:14
Last Modified: 28 May 2015 04:28
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/12954
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item