Model Pengvisualan Rekabentuk Perisian Berorientasi Objek

Yahya, Ibrahim (2003) Model Pengvisualan Rekabentuk Perisian Berorientasi Objek. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] PDF (24 Pages)
Model_pengvisualan_rekabentuk_perisian_berorientasi_objek.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Merekabentuk perisian yang kompleks dan terkamir bukanlah satu perkara yang boleh dipandang remeh. Antara teknik untuk menangani kekompleksan merekabentuk perisian adalah penghuraian berstruktur dan penghuraian berorientasi objek. Pengaturcaraan berorientasikan objek ialah kaedah berasaskan penghuraian berorientasi objek untuk menulis dan melaksanakan aturcara yang disusunatur sebagai koleksi objek yang bekerjasama sesama mereka. Untuk menghasilkan perisian berorientasi objek yang baik, pembangun perisian mestilah memahami dengan jelas konsep-konsep dan prinsip-prinsip berorientasi objek. Bagi pembangun yang baru mempelajari orientasi objek terutamanya yang telah dilatih dalam rekabentuk berstruktur, pengaplikasian konsep-konsep dan prinsip-prinsip tersebut semasa membangunkan perisian bukan suatu yang mudah. Persekitaran pembangunan perisian berorientasi objek di pasaran didapati tidak begitu sesuai dan agak kompleks untuk pembangun berorientasi objek tahap permulaan. Bagi menyahut permasalahan di atas, projek Genesis telah dimulakan. Projek ini berasaskan kepada idea untuk membangunkan satu persekitaran pembangunan perisian berorientasi objek yang sesuai untuk pembangun tahap permulaan dengan cara berbantuan melalui proses pemupukan pemikiran berorientasi objek. Persekitaran Genesis melibatkan aspekaspek rekabentuk perisian, proses perisian, penggunaan teknik pengvisualan, kebolehgunaan dan pembangunan mentor. Tesis ini berasaskan penyelidikan yang telah dijalankan untuk mengecam konsep-konsep dan prinsip-prinsip rekabentuk perisian berorientasi objek yang sesuai, menentukan ciri-ciri rekabentuk perisian dan meneroka pengaplikasian teknik pengvisualan dalam merekabentuk perisian berorientasi objek untuk pembangun berorientasi objek tahap permulaan. Artifak penting penyelidikan ini ialah model rekabentuk perisian dan model pengvisualan rekabentuk pens1an. Prototaip juga dibangunkan untuk menguji dan mendemonstrasikan model pengvisualan yang telah dibina.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Object-oriented programming (Computer science)
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QA Mathematics
Divisions: Library > Tesis > FTMK
Depositing User: Siti Syahirah Ab Rahim
Date Deposited: 30 Oct 2014 12:12
Last Modified: 28 May 2015 04:29
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/13099
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item