Kenirsferaan Bagi Persembahan Monoid Campuran Dengan Menggunakan Kaedah Ujian Pemberat Teritlak

Tay, Choo Chuan (2008) Kenirsferaan Bagi Persembahan Monoid Campuran Dengan Menggunakan Kaedah Ujian Pemberat Teritlak. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img] PDF (24 Pages)
Kenirsferaan_Bagi_Persembahan_Monoid_Campuran_Dengan_Menggunakan_Kaedah_Ujian_Pemberat_Teritlak.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Gambar terhadap persembahan kumpulan adalah dual kepada gambar rajah Van Kampen yang dikenali umum dalam teori kumpulan geometri. Kedua-duanya merupakan suatu peralatan yang berkesan dalam bentuk lukisan gambar untuk mendapatkan hasil-hasil kajian dalam teori kumpulan umpamanya persembahan kumpulan. Kini, gambar terhadap persembahan monoid telah mula dipertimbangkan. Kesferaan persembahan monoid campuran boleh ditentukan dengan menggunakan gambar. Teori berkenaan persembahan monoid, gambar monoid, operasi dan graf bagi persembahan monoid relatif, operasi dan graf bagi persembahan monoid campuran serta gambar persembahan monoid campuran akan diimbas kembali. Dengan mengitlakkan ujian kitaran Adjan dan menyusun semula ujian relatif Bogley dan Pride, maka diperkenalkan ujian baru yang dinamai ujian pemberat teritlak untuk menentukan kenirsferaan bagi pelbagai kelas persembahan monoid campuran. Dalam kaedah ujian pemberat teritlak, sesuatu persembahan monoid campuran dikatakan nirsfera jika graf kiri a tau graf kanan teritlaknya mempunyai fungsi pemberat nirsfera. Kajian telah dilakukan untuk mengenal pasti ciri-ciri am sifat nirsfera yang terdapat pada suatu persembahan monoid campuran, M = [a; t \ s; r] dengan set tunggalan {t} . Persembahan monoid campuran ini mempunyai hubungan perkataan R ∈ r yang terdiri daripada au {t} . Ciri-ciri am gambar sfera yang terhasil juga ditunjukkan dalam kajian ini. Hasil kesferaan persembahan monoid campuran dapat dibuktikan secara lukisan gambar. Ini diikuti dengan pembuktian kenirsferaan secara ujian pemberat teritlak terhadap persembahan monoid campuran yang mempunyai satu penjana dan satu penghubung. Seterusnya kenirsferaan persembahan monoid campuran yang mempunyai dua penjana dengan satu atau dua penghubung juga akan dibuktikan. Lukisan gambar telah digunakan untuk membuktikan kesferaan suatu persembahan monoid campuran manakala kaedah ujian pemberat teritlak telah digunakan untuk membutikan kenirsferaan persembahan monoid campuran.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Homotopy groups, Sphere, Spectral sequences (Mathematics)
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QA Mathematics
Divisions: Library > Disertasi > FKE
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 23 Nov 2014 12:54
Last Modified: 28 May 2015 04:31
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/13393
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item