Sistem Pencerap & Maklumat Cuaca Automatik

Ja'afar, Adnan (2004) Sistem Pencerap & Maklumat Cuaca Automatik. Masters thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
PDF (24 Pages)
Sistem_Pencerap_Dan_Maklumat_Cuaca_Automatik.pdf - Submitted Version

Download (6MB)

Abstract

Cuaca dan kehidupan sememangnya tidak dapat dipisahkan malah cuaca telah mencorak sebahagian daripada keadaan sosial, ekonomi serta politik di sesebuah negara. Fenomena yang dianugerah tuhan ini telah dikaji oleh para saintis sejak sekian lama memandangkan impak yang besar kepada kehidupan sejagat. Hasil kesungguhan para saintis, berbagai penemuan yang bernilai telah berjaya diperolehi seperti Teknologi Ramalan Keadaan Cuaca dan T eknologi Modifikasi Cuaca yang berupaya memperbaikki kehidupan manusia. Keupayaan menghasilkan ramalan yang cepat dan tepat dapat membantu perancangan kegiatan sosial dan ekonomi sesebuah negara seperti perdagangan, pengangkutan, pelancongan, perikanan dan perladangan. Natijah yang diperolehi adalah keuntungan yang dapat mempertingkatkan kualiti kehidupan seterusnya menjana kemajuan kepada negara. Memandangkan kepentingannya, projek Sistem Pencerap dan Informasi Cuaca telah dijalankan. Sebuah perisian pencerap maklumat cuaca yang cekap dibangunkan bagi menggantikan perisian dqassistance yang mempunyai kelemahan dari segi system merekod data cerapan. Perisian yang dibangunkan ini berfungsi melakukan cerapan data dengan cekap, merekod data secara sistematik, serta melakukan analisis statistic ke atas data-data yang diperolehi. Penyimpanan data dilakukan secara automatik sebaik sahaja proses pencerapan dimulakan. Sistem pemfailannya juga berupaya menutup fail lama dan membuka fail baru secara automatik apabila berlaku pertukaran hari. Analisis statistik data pula amat mudah dilakukan dengan hanya memasukkan tarikh carapan yang dikehendaki. Sebuah laman web turut dibina bagi memastikan penyampaian maklumat dapat dilakukan dengan pantas dan berkesan supaya maklumat yang diperolehi dapat dimanfaatkan secara optimum. Laman web ini berfungsi mamaparkan maklumat cuaca semasa, maklumat cuaca harian serta graf cuaca harian. Kombinasi antara perisian pencerap maklumat cuaca a utomatik dan Iaman web informasi cuaca telah membentuk Sistem Maklumat Cuaca UKM (SMCUKM). Sistem ini boleh dimanfaatkan untuk tujuan penyelidikan dalam bidang kaj ian cuaca di UKM.©

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Weather forecasting -- Data processing, Meteorology
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QC Physics
Divisions: Library > Tesis > FTMK
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 19 Nov 2015 03:38
Last Modified: 19 Nov 2015 03:54
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/14523
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item