Pengkelasan Data Kajicuaca Di Dalam Peramalan Hujan Dari Pelbagai Sumber Menggunakan Rangkaian Neural

Norashikin, Ahmad (2003) Pengkelasan Data Kajicuaca Di Dalam Peramalan Hujan Dari Pelbagai Sumber Menggunakan Rangkaian Neural. Masters thesis, Universiti Teknologi Malaysia.

[img]
Preview
Text (24 Pages)
Pengkelasan_Data_Kajicuaca_Di_Dalam_Peramalan_Hujan_Dari_Pelbagai_Sumber_Menggunakan_Rangkaian_Neural.pdf - Submitted Version

Download (5MB) | Preview

Abstract

Peramalan hujan merupakan satu masalah yang sukar disebabkan oleh kekompleksan proses fizikal yang terlibat dan kepelbagaian bentuk hujan bagi sesuatu masa dan temp at. Untuk membuat peramalan hujan daripada data kajicuaca yang ban yak bukanlah satu proses yang mudah. Namun, masalah ini boleh diselesaikan dengan menggunakan kaedah perlombongan data· di mana ia boleh membantu dalam mencari corak dan hubungan yang tersembunyi. Di dalam kajian ini, kaedah perlombongan data yang akan digunakan ialah pengkelasan data di mana ia dapat melaksanakan carian ke atas corak yang tersembunyi dengan membahagikan data kepada kelas tertentu. Untuk melakukan pengkelasan dan membuat peramalan taburan hujan, rangkaian neural akan digunakan. Ini adalah disebabkan rangkaian neural bempaya untuk mendapatkan hubungan yang kompleks antara faktor-faktor yang menyumbang kepada sesuatu keadaan cuaca. Beberapa ujikaji telah dilakukan dan perbandingan dibuat untuk melihat prestasi peramalan terhadap jenis pengkelasan tertentu. Ujikaji-ujikaji tersebut menggunakan data daripada satu stesen kajicuaca dan juga data campuran_daripada pelbagai stesen kajicuaca. Data pelbagai stesen kajicuaca digunakan untuk mendapatkan variasi di dalam data kajicuaca supaya pembelajaran rangk:aian bertambah baik dan seterusnya menjadikan peramalan menjadi lebih tepat. Hasil kajian mendapati bahawa teknik pengkelasan sampel menghasilkan prestasi peramalan yang lebih baik daripada sampel tidak berlcelas. Selain itu, penggunaan data pelbagai stesen juga menghasilkan nilai ralat yang lebih rendah daripada sampel satu stesen.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Neural networks (Computer science)
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QA Mathematics > QA76 Computer software
Divisions: Library > Tesis > FTMK
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 24 Nov 2015 04:00
Last Modified: 24 Nov 2015 04:04
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/14544
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item