Kenirsferaan Bagi Persembahan Monoid Campuran Dengan Menggunakan Kaedah Ujian Pemberat Teritlak

Tay , Choo Chuan (2007) Kenirsferaan Bagi Persembahan Monoid Campuran Dengan Menggunakan Kaedah Ujian Pemberat Teritlak. PhD thesis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

[img]
Preview
Text (24 pages)
Kenirsferaan_Bagi_Persembahan_Monoid_Campuran_Dengan_Menggunakan_Kaedah_Ujian_Pemberat_Teritlak.pdf - Submitted Version

Download (4MB) | Preview

Abstract

Gambar terhadap persembahan kumpulan adalah kembar kepada gambar rajah Van Kampen yang d:kenali umum dalam teori kumpulan geometri. Kedua-duanya merupakan suatu peralatan yang berkesan untuk mendapatkan hasi l-hasil kajian dalam teori kumpulan. Kini, gambar terhadap persembahan monoid telah mula dipe rtimbangkan. Kami menggunakan gambar untuk menentukan kesferaan persembahan monoid campuran. Dalam Bab I, kami mengimbas kemba li teori berkenaan persembahan monoid, gambar monoid, operasi dan graf bagi persembahan monoid relatif, operasi dan graf bagi persembahan monoid campuran serta gambar persembahan monoid campuran. Has il kerja kami bermula dari Bab II. Dengan mengitlakkan ujian kitaran Adian dan menyusun semula ujian relatif Bogley dan Pride, kami memperkenalkan ujian baru yang dinamai ujian pemberat teritlak untuk menentukan kenirsferaan bagi pelbagai persembahan monoid campuran. Dalam kaedah ujian pemberat teritlak, sesuatu persembahan monoid campuran dikatakan nirsfera jika graf kiri atau graf kanan teritlaknya mempunyai fungsi pemberat nirsfera. Kaj ian telah dilakukan untuk mengenalpasti ciri-ciri am sifat nirsfera yang terdapat pada suatu pcrsembahan monoid campuran, M = [a;t I s;r] dengan set tunggal {t} . Persembahan monoid campuran ini mempunyai hubungan perkataan R Er yang terdiri daripada a u {t} . Ciri-ciri am gambar sfera yang terhasil juga ditunjukkan dalam kajian ini. Dalam Bab Ill, kami membuktikan has il kesferaan persembahan monoid campuran secara lukisan gambar. lni diikuti dengan pembuktian kenirsferaan secara ujian pemberat teritlak terhadap persembahan monoid campuran yang mempunyai satu pe·njana dan satu penghubung. Tumpuan utama dalam Bab IV adalah berkenaan dengan persembahan monoid campuran yang mempunyai dua penjana dengan satu atau dua penghubung. Lukisan gambar telah digunakan untuk membuktikan kesferaan suatu persembahan monoid campuran manakala kaedah ujian pemberat teritlak telah digunakan untuk membutikan keni rsferaan persembahan monoid campuran.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Homotopy groups , Sphere , Spectral sequences (Mathematics)
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science
Divisions: Library > Tesis > FKE
Depositing User: Mr. Thaqif Mohd Isa
Date Deposited: 24 Nov 2015 03:47
Last Modified: 24 Nov 2015 03:52
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/14546
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item