Pengembangan Model Pembuat Keputusan Hibrid Bagi Pelaksanaan Pembuatan Semula Kenderaan Akhir Hayat Di Malaysia

Mohd Yusop, Nurazua (2018) Pengembangan Model Pembuat Keputusan Hibrid Bagi Pelaksanaan Pembuatan Semula Kenderaan Akhir Hayat Di Malaysia. PhD thesis, UTeM.

[img] Text (24 Pages)
Pengembangan Model Pembuat Keputusan Hibrid Bagi Pelaksanaan Pembuatan Semula Kenderaan Akhir Hayat Di Malaysia.pdf - Submitted Version

Download (384kB)

Abstract

Industri automotif Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dari setahun ke setahun.Namun,peningkatan yang stabil untuk jumlah unit dalam operasi ini menyebabkan berlakunya lambakan bagi kenderaan akhir hayat.Bagi menggalakkan pelupusan dan pembuangan yang lebih sistematik bagi komponen dan kenderaan akhir hayat,usul terhadap adaptasi amalan pembuatan semula komponen automotif dilihat sebagai pilihan pemulihan yang baik,wajar dan di sokong.Sokongan kerajaan dinyatakan dengan pembentangan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2014.Objektif kajian ini adalah untuk mengukur dan menilai potensi bagi pelaksanaan proses pembuatan semula dalam industri automotif di Malaysia. Pemodelan simulasi diperkenalkan sebagai model pembuat keputusan yang melibatkan definisi parameter semasa proses pembuatan semula.Memandangkan konsep ini merupakan perkara yang baru,satu kaji selidik disasarkan kepada beberapa kumpulan responden telah dijalankan.Hasilnya, kebanyakan responden memberi jawapan positif mengenai pelaksanaan konsep pembuatan semula ini di Malaysia,namun terdapat beberapa kebimbangan terhadap tingkah laku dinamik industri automotif.Kebimbangan ini meliputi pelbagai tema;daripada tuntutan permintaan yang kompleks dan kehendak pelanggan secara individu,sehinggalah kepada ketidakcukupan tenaga kerja mahir dan tahap kualiti komponen yang telah menjalani proses pembuatan semula. Integrasi dua model pembuat keputusan telah dibangunkan untuk membantu kajian ini,iaitu System Dynamics (SD) and Discrete Event Simulation (DES).SD dan DES ini merupakan satu pendekatan berkesan dalam menyelesaikan masalah dinamik proses pembuatan semula serta boleh mentakrifkan hubungan-sebab dan akibat dengan wawasan tambahan.Secara khususnya,model SD membolehkan pembuat keputusan untuk meneroka polisi dan dasar untuk dilaksanakan,manakala model DES pula bagi mengenal pasti elemen yang mengalami proses kesesakan dengan pemilihan cadangan bagi mengatasi masalah terbabit.Pemboleh ubah seperti jumlah pekerja mahir dan kualiti produk yang berserta dengan ketersediaan peralatan dan mesin terhadap faktor-faktor seperti jumlah produk siap dan kadar permintaan pelanggan telah disimulasikan.Seterusnya,pemboleh ubah yang melibatkan faktor tidak ketara seperti elemen motivasi dan prestasi pekerja juga turut dimasukkan.Kajian mendapati jumlah pekerja mahir mempengaruhi jumlah produk siap dan seterusnya kualiti produk.Namun,pemboleh ubah ini mengalami perubahan selepas satu tempoh masa.Maklum balas positif daripada faktor Word-of-Mouth (WOM) yang dimasukkan dalam model berjaya memberi impak yang baik kepada hasil jualan produk.Ini juga memberi kesan kepada pembolehubah lain seperti ketidakstabilan jumlah produk boleh guna semula yang bergantung kepada julat masa tertentu untuk stabil.Analisis sensitiviti yang dijalankan sebagai alat penentusahan juga selari dengan keputusan yang didapati.Sebanyak 50% peluang bagi jumlah jualan produk mencecah 100 unit pada bulan ke -6 operasi dan seterusnya meningkat melebihi 200 unit pada tahun berikutnya.Sempadan luar nilai 95% menunjukkan nilai maksimum jumlah jualan produk mendekati 250 unit dan nilai minimum adalah 225 unit pada akhir tempoh simulasi. Seterusnya,untuk tujuan penentusahan,satu tinjauan dilaksanakan kepada pengamal dan pakar industri untuk mengakses keupayaan dan kesesuaiannya.Berdasarkan maklumbalas pakar industri,model simulasi ini didapati sesuai bagi keperluan semasa sistem proses pembuatan semula.Sebagai kesimpulan,model simulasi hibrid yang dicadangkan boleh diaplikasi dengan berkesan dalam proses pembuatan semula bagi memastikan kejayaan dan keberkesanannya.

Item Type: Thesis (PhD)
Uncontrolled Keywords: Hybrid electric vehicles,Hybrid electric cars.
Subjects: T Technology > T Technology (General)
T Technology > TL Motor vehicles. Aeronautics. Astronautics
Divisions: Library > Tesis
Depositing User: Mohd. Nazir Taib
Date Deposited: 05 Sep 2019 04:04
Last Modified: 05 Sep 2019 04:04
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/23393
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item