Wanita Masa Kini dan Hala Tuju Jihad

Sazelin, Arif and Norain, Ismail and Shahrulanuar , Mohamed (2005) Wanita Masa Kini dan Hala Tuju Jihad. In: International Seminar on Muslim Women, 2-3 April 2005, Sofitel Palm Resort Johor. (Submitted)

[img] PDF
sewani_utm_sazelin.pdf
Restricted to Registered users only

Download (316kB)

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan tentang hala tuju dan ruang lingkup jihad wanita masa kini. Jihad adalah meluas dan tidak hanya tertumpu kepada berjihad dengan berperang atau jihad dengan mengangkat senjata di medan peperangan. Sekiranya jihad hanya tertumpu dengan mengangkat senjata, agak sukar bagi wanita yang secara semulajadinya lemah untuk terlibat sama. Oleh itu, Islam menetapkan jihad itu luas ruang lingkupnya. Khusus bagi wanita yang berperanan sebagai isteri dan ibu, diutamakan bagi mereka untuk berjihad di dalam ruang rumah bersama ahli keluarga. Jihad yang paling utama bagi wanita ini ialah dengan mentaati suaminya kerana dengan mentaati suaminya adalah menyamai pahala berjihad ke jalan Allah. Diikuti dengan peranan wanita atau ibu sebagai pendidik kepada anak-anaknya dengan suasana keislaman agar proses tumbesaran anak-anaknya dilingkungi dengan nilai-nilai yang murni. Tanggungjawab mendidik ini adalah tugas yang perlu dipegang oleh kaum wanita. Bagi kaum wanita yang belum berkahwin dan mempunyai anak, mereka juga seharusnya berjihad. Jihad mereka adalah dengan bergiat dalam masyarakat, memberi kesedaran ilmu Islam kepada kaum sejenisnya dan menjalankan dakwah dengan keterbatasan tertentu. Sifat fizikal wanita yang lemah tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak mahu berjihad kerana dalam memperjuangkan Islam dan berjihad pada jalan Allah adalah merangkumi banyak sudut. Wanita juga bertanggungjawab menegakkan Islam mengikut kemampuan dan keterbatasan yang telah ditentukan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Centre for Languages and Human Development > Department of Islamic Studies and Humanities
Depositing User: Dr. Sazelin Arif
Date Deposited: 04 Jul 2014 09:21
Last Modified: 28 May 2015 04:22
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/12048
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item