KEUPAYAAN PEMASARAN DI KALANGAN PENGUSAHA KECIL MAKANAN HALAL DI MELAKA TENGAH : SATU KAJIAN AWAL

Sazelin, Arif and Norain, Ismail and Shahrulanuar , Mohamed (2008) KEUPAYAAN PEMASARAN DI KALANGAN PENGUSAHA KECIL MAKANAN HALAL DI MELAKA TENGAH : SATU KAJIAN AWAL. In: Persidangan Serantau Nilai & Profesionalisme, 13-14 November 2008, Hotel Equatorial Bangi. (Submitted)

[img] PDF
persidangan_serantau.pdf
Restricted to Registered users only

Download (986kB)

Abstract

Sektor pembuatan makanan hari ini semakin rancak dengan kemunculan ramai usahawan kecil yang terlibat dalam penghasilan produk makanan halal. Mereka memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara dengan menyediakan peluang pekerjaan serta mampu menghasilkan pengeluaran yang menepati piawaian syariah. Fokus utama penghasilan kertas kerja ini adalah bagi melihat keupayaan para pengusaha kecil dalam memasarkan hasil produk makanan halal mereka ke pasaran. Maklumat ini diperolehi dengan mengenalpasti masalah dan kekangan yang dihadapi oleh mereka terlebih dahulu. Hasil daripada maklumat ini, beberapa saranan strategi pemasaran dicadangkan dengan melihat kepada keupayaan mereka. Kaedah pengumpulan data secara soal selidik digunakan di mana 55 orang pengusaha makanan halal berstatus kecil yang berdaftar dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) sekitar daerah Melaka Tengah telah dipilih. Secara keseluruhan hasil kajian ini mampu mengupas permasalahan dan kekangan yang dihadapi oleh responden dan secara tidak langsung dapat mengenalpasti keupayaan pemasaran dalam memasarkan produk halal mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Centre For Language Learning > Department of Islamic Studies and Humanities
Depositing User: Dr. Sazelin Arif
Date Deposited: 04 Jul 2014 09:18
Last Modified: 28 May 2015 04:22
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/12053
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item