Personaliti dan keakuran: faktor mempengaruhi pencapaian akademik teknikal

Yunos, Ahmad Rozelan (2015) Personaliti dan keakuran: faktor mempengaruhi pencapaian akademik teknikal. In: International Postgraduate Conference, 15 April 2015, Bandung College of Social Welfare (STKS) Campus, Jln Ir.H.Juanda No. 367 Bandung 40135.

[img] Text
PAPER ARY.pdf

Download (322kB)

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk menguji sama ada faktor-faktor keselarasan dan keakuran memberi kesan kepada pencapaian akademik pelajar jurusan teknikal. Subjek kajian terdiri daripada 380 orang pelajar tahun akhir program kejuruteraan yang dipilih secara rawak mudah. Alat kajian yang digunakan ialah alat ukur keakuran yang dibina oleh pengkaji dengan kebolehpercayaan Nilai Alpha Cronbach .783, dan Self-Directed Search – Form Easy (SDS) yang diterjemahkan oleh Amla Mohd Salleh (1984). Keputusan kajian menunjukkan bahawa pelajar dari hanya lima daripada tujuh belas program pengajian selaras dengan ciri program yang dicadangkan oleh Holland melalui The Educational Opportunities Finder (Rosen, Holmberg, Holland, 1994). Umumnya hasil kajian ini secara inferensi mendapati bahawa keselarasan personaliti-persekitaran tidak memberi kesan terhadap pencapaian akademik, namun secara deskriptif telah menyokong andaian Teori Tipologi Kerjaya Holland iaitu keselarasan personaliti dan persekitaran membantu dalam peningkatan pencapaian akademik seseorang pelajar. Namun begitu, kajian ini mendapati bahawa keakuran memberi kesan terhadap pencapaian akademik pelajar. Sehubungan dengan keputusan yang diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Lecture)
Uncontrolled Keywords: keselarasan personaliti-persekitaran, keakuran, pencapaian akademik
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Divisions: Faculty of Technology Management and Technopreneurship > Department of Technopreneurship
Depositing User: Prof. Dr Ahmad Rozelan Yunus
Date Deposited: 28 Sep 2015 02:08
Last Modified: 19 Apr 2019 03:46
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/14876
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item