Pembangunan etika dan moral dalam kursus kursus yang ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Shahrulanuar , Mohamed and AB. Aziz , Mohd Zin and Fakrul Adabi , Abdul Kadir (2011) Pembangunan etika dan moral dalam kursus kursus yang ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. In: Seminar Islam Nusantara : Pemikiran dan Cabaran Masa Kini, 25-27 Oktober 2011, Langkawi, Kedah. (Submitted)

[img] Text
Pembangunan etika dan moral dalam kursus kursus yang ditawarkan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka206.pdf

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang pembangunan etika dan moral dalam kursus-kursus yang ditawarkan di UTeM. Kajian ini melihat pembangunan etika dan moral di kalangan pelajar dari sudut keperluan, pertumbuhan dan perkembangan psikologi pelajar, program-program pembangunan dan keberkesanan program. Ia bertujuan untuk mengetahui elemen-elemen etika dan moral yang terdapat di dalam kursus-kursus yang ditawarkan, mengetahui mekanisme yang digunakan dalam membangunkan aspek etika dan moral dan mengenal pasti kesan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam pembinaan aspek etika dan moral terhadap para pelajar. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Kajian lapangan merangkumi kaedah soal-selidik, temubual dan pemerhatian untuk mendapatkan data. Kajian ini mendapati elemen-elemen utama yang terdapat di dalam kursus yang ditawarkan adalah inovatif, berhemah tinggi dan daya us aha. Manakala mekanisme utama yang digunakan adalah melalui sesi kuliah, tutorial dan projek kumpulan. Has ii kajian juga mendapati keberkesanan pembangunan etika dan moral menerusi kursus yang ditawarkan berdasarkan tiga aspek iaitu pengetahuan, amalan dan sikap. Halangan kepada keberkesan juga diketengahkan menerusi perspektif pensyarah dan pelajar. Akhir sekali, pengkaji telah membuat rumusan terhadap kajian yang dijalankan. Saranansarananjuga diberikan kepada pihak yang berkenaan berdasarkan penemuan-penemuan kajian yang telah dibuat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Pembangunan,etika dan moral, kursus-kursus di UTeM
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Divisions: Centre For Language Learning
Depositing User: Noor Rahman Jamiah Jalil
Date Deposited: 29 Oct 2015 08:11
Last Modified: 29 Oct 2015 08:11
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/15146
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item