Khairuddin, Omar and Mohd Sanusi, Azmi (2010) Batu Bersurat Terenganu: Perspektif Geometri Segitiga. In: Seminar Batu Bersurat, 28-29 March 2010, Kuala Terengganu, Malaysia.
PDF
Kertas_Seminar_Batu_Bersurat_Terengganu_-_Khairuddin_Omar.pdf - Published Version Download (258kB) |
Abstract
Batu bersurat yang dijumpai di Nusantara terutamanya Batu Bersurat Terengganu memberikan maklumat yang sangat berguna kepada sejarah Tanah Melayu. Melalui batu tersurat tersebut, banyak maklumat yang tersimpan rapi baik secara tersurat mahupun tersirat. Umum diketahui, tulisan yang digunakan oleh pemahat Batu Bersurat Terengganu ialah tulisan Jawi. Walau bagaimanapun, pemahat dan juga asal usul pemahat tidak dapat dipastikan memandangkan tiada maklumat yang tertera mengenainya. Untuk mengetahui maklumat mengenai pemahat dan juga asal usulnya, kajian paleografi digital sangat berguna untuk mengenal pasti jenis tulisan kaligrafi yang digunakan. Satu kaedah untuk menentukan jenis tulisan kaligrafi yang digunakan telah dicadangkan menggunakan kaedah geometri segitiga. Kaedah ini menentukan tiga koordinat penting pada setiap huruf tulisan jawi yang diekstrak dari Batu Bersurat Terengganu. Setiap huruf dipadankan dengan model yang terdapat di dalam Qalam al Sittah dan seterusnya jenis-jenis kaligrafi dapat ditentukan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Subjects: | Q Science > QA Mathematics > QA75 Electronic computers. Computer science |
Divisions: | Faculty of Information and Communication Technology > Department of Software Engineeering |
Depositing User: | Dr Mohd Sanusi Azmi |
Date Deposited: | 23 Mar 2012 14:48 |
Last Modified: | 28 May 2015 02:26 |
URI: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/1941 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |