Kereaktifan dan pencirian mangkin Co(II)-Dop Sno2 dan Ni(II)/Co(II)-Dop Sno2 menggunakan spektroskopi pembelauan sinar-X (XRD) dan spektroskopi fotoelektron sinar-X (XPS)

Mohamad, Imran Syakir and Wan Abu Bakar, Wan Azelee and Buang, Nor Aziah and Yacob, Abd Rahim (2006) Kereaktifan dan pencirian mangkin Co(II)-Dop Sno2 dan Ni(II)/Co(II)-Dop Sno2 menggunakan spektroskopi pembelauan sinar-X (XRD) dan spektroskopi fotoelektron sinar-X (XPS). In: Proceedings of The National Seminar on Science & Its Application in Industry (SSASI 2006) , 2006, KUTKM, Melaka. (Submitted)

[img] Text
Kereaktifan Dan Pencirian Mangkin Co(II)-Dop SnO2 Dan Ni(II)Co(lI)-Dop Sn02 Menggunakan Spektroskopi Pembelauan Sinar-X (XRD) Dan Spektroskopi Fotoelektron Sinar-X (XPS).pdf - Submitted Version

Download (2MB)

Abstract

Oksida timah (IV) telah dikenalpasti sebagai mangkin yang berpotensi dalam rawatan emisi gas-gas toksik daripada kenderaan bermotor dan aktiviti industri. Kehadiran oksida logam daripada kumpulan peralihan baris pertama sebagai bahan pendop boleh meningkatkan keupayaan pemangkinnya. Dalam kajian ini, mangkin Co(ll)-dop Sn02 (30:70) dan Ni(II)Co(ll) -dop SnO2 (0. 10:29.97:69.93) disediakan mengunakan kaedah modifikasi sol-gel dengan variasi suhu pengkalsinan yang pelbagai. Mangkin Co(ll)-dop SnO2, yang dikalsinkan pada suhu 400°C dan Ni(ll)/Co(II)-dop SnO2 pada suhu pengkalsinan 600°C didapati masing-masing memberikan aktiviti pemangkinan yang terbaik iaitu T100(CO)=l75°C dan T100(CO)=I50°C berbanding mangkin komersil, Pt/AI2O3 [T100(CO)=200°C]. Kajian fizikal bagi melihat transformasi struktur dan pengenalpastian sepsis pada permukaan mangkin ini dilakukan menggunakan Spektroskopi Pembelauan Sinar -X (XRD) dan Spektroskopi Fotoelektron Sinar –X (XPS). Analisis XRD mcnggambarkan kehadiran fasa SnO2 tetragonal dan Co3O4 kubik yang bertindak sebagai tapak aktif dalam pengoksidaan pemangkinan. Kewujudan oksida kobalt (campuran keadaan pengoksidaan +2 dan +3) dan kehadiran campuran spesis Co3+ dan Co2+ -O didapati turut menyumbang kepada pengoksidaan gas karbon monoksida (CO) yang baik seperti disahkan daripada analisis XPS

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Photoelectron spectroscopy
Subjects: T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: Faculty of Manufacturing Engineering
Depositing User: Mr Mohamad Rashid Jantan
Date Deposited: 15 Dec 2017 02:23
Last Modified: 17 Aug 2023 11:59
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/20202
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item