Pembangunan Ekonomi Daerah : Pelaksanaan Undang Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nombor 29 Tahun 2004) Dalam Meningkatkan Prestasi Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Di Kota Pekanbaru Riau Indonesia

Daeng Malintak, Mohd Yusuf (2017) Pembangunan Ekonomi Daerah : Pelaksanaan Undang Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nombor 29 Tahun 2004) Dalam Meningkatkan Prestasi Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Di Kota Pekanbaru Riau Indonesia. Doctoral thesis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

[img] Text (24 Pages)
Pembangunan Ekonomi Daerah Pelaksanaan Undang Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nombor 29 Tahun 2004) Dalam Meningkatkan Prestasi Dalam Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) - 24 Pages.pdf - Submitted Version

Download (114kB)
[img] Text (Full text)
Pembangunan Ekonomi Daerah Pelaksanaan Undang Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nombor 29 Tahun 2004) Dalam Meningkatkan Prestasi Dalam Industri Kecil....pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memahami Pembangunan Ekonomi Daerah melalui pelaksanaan Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) dalam meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia. Seterusnya, objektif kajian ini untuk mengenal pasti peranan pihak penguat kuasa, pencipta, pengeluar/pengilang, pemborong/penjual yang berlesen atau tidak berlesen, serta pengguna/pembeli cakera optik di Kota Pekanbaru, dan mengenal pasti bantuan kerajaan serta kesan pemberian lesen/permit, bantuan pembiayaan, bantuan pemasaran, bantuan modal insani, bantuan teknologi, pendidikan, dan pengalaman ke atas prestasi IKS cakera optik di Kota Pekanbaru. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti pertumbuhan IKS cakera optik menimbulkan pelanggaran Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) yang dijual kepada pengguna dan mencadangkan langkah-langkah penguatkuasaan IKS cakera optik dalam membantu peningkatan pembangunan ekonomi di Pekanubaru. Pemilihan lokasi kajian ini dijalankan di beberapa organisasi termasuk agensi kerajaan Kota Pekanbaru dan agensi IKS swasta yang melibatkan 15 orang informan yang terdiri dari agensi kerajaan (3)dan agensi IKS swasta yang terdiri daripada pencipta/pengubah(2), pengeluar/pengilang(2), pemborong/penjual yang berlesen(2) dan pemborong/penjual tidak berlesen(2), serta pengguna atau pembeli (4) cakera optik di Kota Pekanbaru. Hasil dari proses analisis data temu bual kajian kes bersilang (Cross Case Study) Antara Agensi Kerajaan Kota Pekanbaru dan Agensi Pihak IKS swasta (Pencipta/Pengubah, Pengeluar/Pengilang, Pemborong/Penjual Berlesen dan Penjual Tidak Berlesen) serta Pengguna atau Pembeli yang terlibat dalam cakera optik di Kota Pekanbaru, mendapati terdapat empat kategori dan dua belas sub kategori telah digabungkan. Kesimpulannya, peranan agensi kerajaan dan agensi IKS swasta yang terdiri daripada pencipta/ pengubah, pengeluar/pengilang, pemborong/penjual yang berlesen dan pemborong/ penjual tidak berlesen, serta pengguna atau pembeli efektif dalam membantu Pembangunan Ekonomi Daerah melalui pelaksanaan Undang-Undang Hak Cipta Cakera Optik (Undang-Undang Nomor 29 Tahun 2004) dalam meningkatkan Prestasi Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Kota Pekanbaru, Riau, Indonesia. Penemuan-penemuan dari penyelidikan ini diharapkan dapat digunakan untuk meningkatkan Pembangunan Ekonomi Daerah dan Prestasi IKS Cakera optik di Pekanbaru.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Uncontrolled Keywords: Compact disc industry, Licenses, Indonesia, Optical storage device industry, Indonesia, Copyright, Indonesia, Authorship, Indonesia, Law and literature, Indonesia
Subjects: K Law > K Law (General)
K Law > KF United States Federal Law
Divisions: Library > Tesis > FPTT
Depositing User: Nor Aini Md. Jali
Date Deposited: 27 Jan 2023 12:10
Last Modified: 23 Feb 2023 09:52
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/23087
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item