Hubungan Antara Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Organisasi Serta Kesannya Terhadap Profesion Jurutera Muslim

Mahat, Muhammad Othman (2018) Hubungan Antara Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Organisasi Serta Kesannya Terhadap Profesion Jurutera Muslim. Masters thesis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

[img] Text (24 Pages)
Hubungan Antara Etika Kerja Islam Dengan Komitmen Organisasi Serta Kesannya Terhadap Profesion Jurutera Muslim.pdf - Submitted Version

Download (2MB)

Abstract

Etika kerja merupakan salah satu komponen yang penting dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.Etika kerja mampu mendorong para pekerja dan majikan sama ada melakukan perkara yang betul atau sebaliknya.Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji hubungan antara etika ketja Islam dengan komitrnen organisasi serta kesannya terhadap profesion jurutera Muslim.Kajian-kajian terdahulu mengenai hubungan antara etika kerja Islam dan komitmen organisasi serta kesannya terhadap profesion yang berbeza menunjukkan terdapat nilai hubungan yang tidak konsisten dan kurangnya kajian dalam konteks jurutera Muslim.Kedua-dua kelompangan ini menjadi fokus utama kajian ini dilakukan.Etika ketja Islam merupakan pemboleh ubah bebas yang terdiri daripada 8 komponen iaitu amanah,usaha,kejujuran,kerja berkumpulan,dedikasi, takwa,ikhlas dan keadilan.Manakala,komitrnen organisasi pula merupakan pemboleh ubah bersandar terdiri daripada tiga dimensi komitmen organisasi iaitu komitrnen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif.Kajian ini menggunakan kaedah kajian tinjauan bagi mengumpul data kajian.Sebanyak 400 set borang soal selidik telah diedarkan secara persampelan rawak mudah kepada para jurutera Muslim di sekitar negeri Melaka.Namun,sebanyak 248 set borang soal selidik sahaja yang dapat dikumpul semula dan dianalisis oleh pengkaji.Perisian IBM SPSS Statistics versi 22 digunakan untuk menganalisis dan menghasilkan statistik deskriptif dan inferensi.Dapatan kajian menunjukkan bahawa komitmen afektif mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan etika kerja Islam.Manakala,komitmen normatif pula menunjukkan hubungan positif yang lemah namun masih signifikan dengan etika kerja Islam.Namun,komitmen berterusan menunjukkan korelasi yang negatif dan tidak signifikan dengan etika kerja Islam.Secara keseluruhannya,dapatan kajian ini menyumbang dalam aspek pengetahuan,maklumat serta sumber rujukan kepada pihak berwajib seperti Lembaga Jurutera Malaysia dalam merangka satu garis panduan khusus bagi mengukuh dan memantapkan etika parajurutera Muslim di Malaysia.Selain itu,kajian ini juga turut memberi beberapa cadangan kepada pihak Lembaga Jurutera Malaysia, para jurutera Muslim,organisasi dan kajian lanjutan.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Job satisfaction,Professional ethics,Work ethics,Islamic
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Library > Tesis > IPTK
Depositing User: Mohd. Nazir Taib
Date Deposited: 03 Oct 2019 04:41
Last Modified: 03 Oct 2019 04:41
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/23580
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item