Penilaian proses penamatan perkhidmatan terhadap kontrak pekerjaan dalam sektor swasta di Malaysia

Othman, Noraishah (2022) Penilaian proses penamatan perkhidmatan terhadap kontrak pekerjaan dalam sektor swasta di Malaysia. Masters thesis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

[img] Text (24 Pages)
Penilaian proses penamatan perkhidmatan terhadap kontrak pekerjaan dalam sektor swasta di Malaysia.pdf - Submitted Version

Download (356kB)
[img] Text (Full Text)
Penilaian proses penamatan perkhidmatan terhadap kontrak pekerjaan dalam sektor swasta di Malaysia.pdf - Submitted Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Penamatan perkhidmatan berdasarkan kontrak pekerjaan dibuat hanya berdasarkan terma dan syarat perkhidmatan yang terdapat di dalam kontrak pekerjaan semata-mata tanpa menyatakan sebarang alasan yang munasabah kepada pekerja. Walau bagaimanapun, jenis penamatan perkhidmatan ini adalah suatu tindakan penamatan yang tidak adil dan tidak diterima di dalam Undang-undang Perburuhan di Malaysia. Tambahan, kajian-kajian terdahulu merangkumi isu-isu perhubungan perusahaan secara menyeluruh di Malaysia dan tidak memberi penekanan kepada penamatan berdasarkan kontrak pekerjaan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peruntukan undang-undang serta peraturan yang berkaitan dengan penamatan perkhidmatan berdasarkan kontrak pekerjaan. Kajian ini juga turut mengkaji faktor penamatan perkhidmatan yang mempengaruhi tindakan penamatan perkhidmatan mengikut kontrak pekerjaan. Kajian ini turut menghasilkan satu penilaian proses penamatan perkhidmatan terhadap kontrak pekerjaan sebagai salah satu usaha penambahbaikan polisi sedia ada. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif yang melibatkan temu bual secara separa berstruktur ke atas lima Pegawai Perhubungan Perusahaan yang berkhidmat di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia, sebagai responden utama. Di samping itu, analisis dokumen turut dijalankan ke atas dua akta perburuhan iaitu Akta Kerja 1955 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967. Penemuan kajian mendapati keberadaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memberi halangan secara tidak langsung ke atas tindakan penamatan perkhidmatan berdasarkan kontrak pekerjaan semata-mata. Ketiga-tiga aktor (pekerja, majikan dan kerajaan) di dalam sistem perhubungan perusahaan turut memberi pengaruh terhadap faktor penamatan berdasarkan kontrak pekerjaan. Kajian ini membuktikan bahawa kelemahan undang-undang dan kekurangan ilmu pengetahuan mempengaruhi tindakan penamatan berdasarkan kontrak pekerjaan. Sehubungan dengan itu, satu penilaian proses penamatan perkhidmatan dirangka untuk kegunaan majikan dan pekerja dalam sektor swasta bagi mengekalkan keharmonian perusahaan di Malaysia.

Item Type: Thesis (Masters)
Uncontrolled Keywords: Employees, Dismissal of Problem employees, Labor discipline, Layoff system
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > HF Commerce
Divisions: Library > Tesis > IPTK
Depositing User: F Haslinda Harun
Date Deposited: 16 Oct 2023 11:02
Last Modified: 16 Oct 2023 11:02
URI: http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/26925
Statistic Details: View Download Statistic

Actions (login required)

View Item View Item