Alias, Muhammad Aizzat (2023) Kesan manipulasi fokus kemahiran lontaran petanque terhadap pelajar masalah pembelajaran. Masters thesis, Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Text (24 Pages)
Kesan manipulasi fokus kemahiran lontaran petanque terhadap pelajar masalah pembelajaran.pdf - Submitted Version Download (403kB) |
|
Text (Full Text)
Kesan manipulasi fokus kemahiran lontaran petanque terhadap pelajar masalah pembelajaran.pdf - Submitted Version Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Aplikasi ruang kerja ergonomik dalam kehidupan akan memberi kepuasan dan keselesaan terhadap individu dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Persekitaran ruang kerja ergonomik yang selesa akan mempengaruhi prestasi atlet petanque. Malah, ruang kerja ergonomik turut memberi kesan lontaran petanque kepada pelajar masalah pembelajaran. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan manipulasi fokus kemahiran lontaran petanque terhadap pelajar masalah pembelajaran. Kajian ini menggunakan metodologi eksperimen ujian pra dengan ujian pasca dan kaedah statistik kuantitatif deskriptif. Seramai 16 orang pelajar masalah pembelajaran telah dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22.0. Kajian melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Perbezaan min skor kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan bagi ergonomik berat bola dan jarak kawasan permainan adalah 3.00. Manakala, perbezaan min skor kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan bagi ergonomik warna bola adalah 2.21. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan kesan ruang kerja ergonomik berat bola, warna bola dan jarak kawasan permainan. Kajian ini akan mendorong minat kepada pelajar masalah pembelajaran melibatkan diri dengan aktiviti sukan dan potensi diri untuk meningkatkan pencapaian mereka di luar pembelajaran kelas.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Ergonomic workspace applications, Social life, Experimental study |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | Library > Tesis > IPTK |
Depositing User: | MUHAMAD HAFEEZ ZAINUDIN |
Date Deposited: | 16 Dec 2024 07:56 |
Last Modified: | 16 Dec 2024 07:56 |
URI: | http://eprints.utem.edu.my/id/eprint/28276 |
Statistic Details: | View Download Statistic |
Actions (login required)
View Item |